everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Thursday, October 25, 2012

Acupuncture


image form Google

image from Google

image form Google


AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno,India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, keranapengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini


Aku mula tahu pasal acupuncture ni dari pakcik Google lah... sb aku kan ada penyakit migraine yg teruk. So, saja search Google tentang ubat untuk acupuncture ni... terserempak dgn satu blog mengatakan acupuncture adalah salah satu rawatan altenatif untuk migraine. yer lah.. dari telan ubat tahan sakit je.. lebih baik cari altenatif lain kan... Aku pergi satu klinik acupuncture di Jln Raja Laut. nama klinik ti ialah, Klinik Homeopati Dan Akupuntur Dr. NIk Omar. salah satu sebab aku pilih kat situ ialah kerana Doktor nya melayu islam. So aku start pergi ke klinik tu, masa bulan puasa. lps 2 minggu, aku pergi lagi. 2 kali lepas tu, aku pergi lepas raya.. 2 kali treatment dgn Dr. Rafidah, mmg rasa improvement. migraine tak attack sebulan jgk lah...

lepas raya tu aku pergi lg. tp malangnya bukan dgn Dr. Rafidah lg. Kali ni terpaksa jumpa dgn Dr. Bazilah. Anak kepada Dr. NIk Omar. sgt muda org nya... tp masalahnya, lps 2 minggu je buat treatment tu, migraine attack dgn teruk sekali. ubat homopati tu pun, mmg aku mkn... tp asyik terfikir, kenapa dlm masa 2 minggu je migraine boleh dtg blk. sedangkan klu Doktor rafidah yg buat, mmg elok. Aku rasa Dr. Bazilah tak tahu cari point kot... entah lah... tak nak salahkan dia 100%. 

Sekarang aku ingin mencuba di tempat org cina pula... seb ada salah seorg kwn kakak aku yg baru kemalangan dan megalami kecederaan teruk di kepala hingga tidak boleh menoleh kiri dan kanan. so, dia pergi buat rawatan di acupuncture di tempat cina di PJ. dan Alhamdulillah, dia dah pulih. aku terfikir nak pergi sana. tapi jauh sgt dari rumah... aku cuba cari juga di lain2 tempat.. ada satu di Sentul. berhampiran dgn rumah lama aku. So, nanti mmg nak ajak en.hubby ke sana.. apa salahnya kita cuba kan... 



PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT DAN DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR

WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupuntur, antaranya ialah:

Sistem Pernafasan

Resdung/Sinusitis
Selesema/Rhinitis
Selesema berair
Tonsilitis
Gangguan Pencernaan

Spasma pada esophagus
Tersedu/hiccough
Gastroptosis
Gastrik
Duodenal Ulcer, Colitis
Sembelit, cirit birit
Paralysis Usus
Gangguan Mata

Sakit Mata Awal/Conjunctivitis
Radangan Retina/Retinis Myopia
Gangguan Mulut

Sakit Gigi
Sakit Gusi
Sakit Halkum
Sistem Pernafasan

Batuk Bronkitis
Asma Bronkial
Neorological And Musculo-Skeletal Disorder

Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupuntur

Sakit Kepala dan Migrain
Sakit Urat Saraf Muka atau Kepala
Lumpuh Sebelah Muka /Bell Palsy
Kesan dari Stroke/Lumpuh
Penyakit Meniere’s
Masalah Kencing
Frozen atau Tennis Elbow
Sakit Belikat
Sakit Bahagian Pinggang
Sakit Kerangka Punggung
Sakit Sendi Tulang


Mudah-mudahan usaha aku ni berjaya merawat penyakit migraine ni.. Amin... 

No comments: