Assalammualaikum.....
Entry kali ni nak share tentang bazar ramadhan yg ada berdekatan rumah aku ni... bila bulan Ramadhan tiba je, mesti tak lari dengan pergi ke bazar kan. bila pergi bazar tu, memang terasa suasana Ramadhan. :) macam2 lah makanan yg dijual di bazar. dan yg bestnya, makanan yg dijual tu kadang2 memang tak dapat dibeli waktu bukan bulan puasa.
Gambar di atas ni ialah pandangan dari apartment tingkat 15 rumah aku tu... memang excited bila nampak payung pada seawal jam 3 setengah petang. mmg agak sesak di situ berbandang 5 tahun yg lalu. mungkin kerana kawasan perumahan baru banyak naik di kawasan situ. jammed mmg teruk sangat... nasib baik ada petugas Rela yang membantu trafik.
sebenarnya banyak bazar ramadhan yg boleh aku pergi di area rumah aku tu. kat Sri Gombak pun ada satu bazar, tapi kat sana mmg tak sesak. tapi buat apa nak pergi jauh2. kat bawah rumah pun ada kan.... hehehhee....
macam mana pun, masakan dari rumah dan tangan sendiri jgk yang rasa puas makan. bukan nak angkat bakul sendiri k, tapi mmg lagi sedap makan makanan masakan sendiri. :)
No comments:
Post a Comment