everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, July 27, 2012

Tempat yang sesuai utk berbuka puasa

Assalammualaikum... Alhamdulillah hari ini kita dah sampai hari ke 7 Ramadhan... Memang sekejap je dah seminggu kan?! huhuhu..

Macam biasa lah.. klu tiba je bulan puasa ni, mesti nak kena buat event berbuka puasa utk kwn2 sekolah.. mmg setiap tahun pun event ini akan dibuat. sekarang ni, tgh mencari2 tempat yg sesuai di mana perlu mengambil kira adakah di tengah2 kL atau nun jauh tercerok dari kL?

pada mulanya ramai yg mencadangkan event tersebut dibuat di Restoran Ikan Bakar yang terletak di Jeram , Kuala Selangor. tetapi ada juga yg tidak bersetuju kerana terlalu jauh dan mempunyai anak yg masih kecil. dan aku bersetuju jika tidak dibuat di situ, kerana lokasinya agak jauh. so, masing2 perlu lah mencari idea lain.


So, aku pun mencadangkan satu tempat ni.. iaitu buat saja di Dewan Felda Perdana yg terletak di Jln Semarak. Berhampiran dengan Keramat tu... tempat memang sgt selesa dan makanan pun boleh tahan sedap! tapi bila aku survey harga di web site felda Dsaji tu, tgk harganya agak mahal. Rm65 per head. 2 tahun lepas aku pergi harganya baru RM47 per head. hurmmm, cepat btl harga naik!




Emmm, tempat yg ketiga pula, aku bagi cadangan buat saja di Restoran Malaya Steamboat yg terletak di Prima Sri Gombak sahaja. Harganya pun amat murah! RM27 per head. Lepas tu boleh makan sampai lebam! hahaha.. tapi aku pun tak tau kenapa ada yg tak setuju buat di situ. Mungkin kerana alah makan makanan laut kot... Resdung kuat kot! huhuhu.


Ok. aku dah bagitahu mereka yg nak join tu, tlg lah jgn membuang masa.. sebab event dah decided nak buat pada 4 Ogos ni.. tapi tempat belum booking lagi. So tempat yg terakhir kami decide ialah di Garden Mid Valley. Nampak mcm ok. Price pun ok.. so, aku ok je lah!! klu buat kat Mid Valley, boleh lah jln2 shopping raya baju Qistina kan..... hehehehehe....



So mudah-mudahan event ini akan berjalan lancar seperti yg dirancang... Amin.. tak sabar nak jumpa kawan2 semua!! :D

Sunday, July 22, 2012

Bazar Ramadhan

Assalammualaikum.....

Entry kali ni nak share tentang bazar ramadhan yg ada berdekatan rumah aku ni... bila bulan Ramadhan tiba je, mesti tak lari dengan pergi ke bazar kan. bila pergi bazar tu, memang terasa suasana Ramadhan. :) macam2 lah makanan yg dijual di bazar. dan yg bestnya, makanan yg dijual tu kadang2 memang tak dapat dibeli waktu bukan bulan puasa.


Gambar di atas ni ialah pandangan dari apartment tingkat 15 rumah aku tu... memang excited bila nampak payung pada seawal jam 3 setengah petang. mmg agak sesak di situ berbandang 5 tahun yg lalu. mungkin kerana kawasan perumahan baru banyak naik di kawasan situ. jammed mmg teruk sangat... nasib baik ada petugas Rela yang membantu trafik.

sebenarnya banyak bazar ramadhan yg boleh aku pergi di area rumah aku tu. kat Sri Gombak pun ada satu bazar, tapi kat sana mmg tak sesak. tapi buat apa nak pergi jauh2. kat bawah rumah pun ada kan.... hehehhee....

macam mana pun, masakan dari rumah dan tangan sendiri jgk yang rasa puas makan. bukan nak angkat bakul sendiri k, tapi mmg lagi sedap makan makanan masakan sendiri. :)

Saturday, July 21, 2012

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan semua.. Entry kali ni nak kongsi tentang keberkatan Surah Al-Ikhlas ni... :)








Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akankeluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, merekaakan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 


 
Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumahdengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumahdan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengansayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 


Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepadaSaiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa 
Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:


Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: 


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Mubarak






Insyaallah 2 hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan... Bulan yang dikatakan amat bagus untuk mencari pahala....

Sangat excited bila nak sambut ramadhan. kalau ramadhan dah habis, hati rasa sedih dan sayu sgt.. bkn selalu kita bolah rasa suasana ramadhan kan.. setahun sekali sahaja.. dan selama sebulan kita berpuasa tu, mmg sekejap je rasa..

Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah pada Ramadhan kali ini... kena memperbanyakkan ibadah seperti pergi Tarawikh.. Mengaji Al-Quran..

Mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima oleh Allah S.W.T.. Amin Ya Rabb....

Sunday, July 15, 2012

Muka Qis sama dgn Ibu tak?

Syukur Alhamdulillah, my Lil Qistina dh berumur 1 thn 2 bulan... dan Qistina makin lasak. Yg peliknya, ibu Qis ni tak turun turun pun berat badan. huhuhuhu....

Kalau tgk wajah Qis ni, sejak lahir mmg banyak ikut muka abahnya. kdg2 tu terasa jgk.. kita yg melahirkan, tp org sibuk kata muka ikut en.husband. tp mak kata, kalau anak perempuan ikut muka suami, sejuk lah perut ibu.. aku pun kurang faham maksudnya. huhuhu.. dan ada pula yang mengatakan, kalau anak pertama ikut muka suami, maknanya, suami kita tu menyayangi isteri lebih daripada isteri sayang pada suami. hahahaha.. mcm-mcm pemahaman org ni kan.... :)

tak kisah lah sama ada Qis tu ikut muka aku atau en.husband... yg penting Qis sihat saja...Amin...

Tapi semalam bila aku snap gambar Qis ni, bila lihat betul2, ada rupa aku pula waktu aku kecil dulu.. mata dan bibir kot yg sama..cuba korang tgk sendiri yer....

Ibu dan Qistina
haaa.... cuba tgk. sama tak?? hehehehe.. samakan? bezanya, cuma kulit aku lebih putih dari Qistina waktu aku kecil dulu... ceh! perasan. tp buktinya adakan?kan?? hehehehe..

Ibu dan abah hanya mendoakan Qistina sihat sentiasa dan mudah-mudahan menjadi anak yg solehah..Insyaallah.... :)

Monday, July 9, 2012

Kenduri Kesyukuran



Alhamdulillah, plan nak buat kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru dan menyambut Ramadhan telah pun terlaksana pada 8/7/2012...

dah masuk dua bulan baru sempat nak buat kenduri.. tak buat besar-besar pun... buat secara sederhana. mmg kalau ikutkan hati, nak jemput semua kwn2.. tapi memandangkan bilangan adik beradik dan anak buah dan cucu-cucu pun dah 50 org. so, rasanya rumah pun tak muat nak menampung org yg ramai..

Part utk kwn2, aku rasa nak buat bln syawal nanti.. Insyaallah... kira buat open house lah kan.... hehehe.. kesian pula kat kwn2 yg kata nak dtg melawat rumah baru aku tu.. tp aku tak begitu sempat nak buat apa2 utk kwn2... ye lah.. mesti nak masak memasak kan.....

kepada kwn, jgn risau ye... akan ku jemput kalian semua dtg ke rumah ku... hehehehe :)

Friday, July 6, 2012

Shaklee

Assalammualaikum....



hehehe..entry hari ni nak menceritakan ttg vitamin apa yg aku ambil. ok! sebelum ni aku mmg ambil supplement jamu sebagai penguat bdn. almaklumlah, menjadi seorg isteri, ibu, dan pelajar yg bekerja ni mmg mcm2 komitmen  nak kena buat. jadi utk kesihiatan badan aku pun mula ambil vitamin Shaklee ni.. aku byk membaca di dalam blog ttg shaklee ni. actually, dah lama dah tahu nama Shaklee ni. tapi tak pernah pula  nak mencuba makan..

So, lepas dpt byk info ttg Shaklee ni, aku pun beli di branch Shaklee Wangsa Maju. aku pakai ID kwn pejabat utk beli Shaklee ni... aku hanya mengambil Alfalfa utk memperbanyakkan susu bdn, Lechitin untuk mengurangkan berat badan dan juga Vita C untuk kulit cantik...semua vitamin ni berjumlah RM159 sahaja. sekarang dah 2 minggu aku makan vitamin ni.. adalah kesan positive. tapi belum betul2 terasa.

apa yg aku tahu, Shaklee ni utk memperbanyakkan susu bdn... tp tak terasa pula nak ambil. sb pk, susu bdn mmg dah cukup utk qistina.. tp saja2 pula aku nak try Shaklee ni. hehehehehehe..

Ok, kalau dah nampak kesan yg banyak, aku akan postkan entry k. :D

Wednesday, July 4, 2012

Buku Panduan Menguruskan Jenazah

Assalammualaikum....

Entry hari ni, aku nak kongsikan apa yang aku beli pada ptg td..
Alhamdulillah, hikmah disebalik aku pergi makan di Restoran Ayam Penyet di Setapak telah menyebabkan aku membeli sebuah buku utk aku meningkatkan ilmu ttg Fardu Kifayah.

sedang aku menunggu makanan sampai, tiba-tiba ada seorang budak lelaki(saleman) ni, menegur aku dan menunjukkan buku yang dia jual. Kataknya buku ni amat bagus untuk kita belajar cara menguruskan jenazah.. terfikir aku sejenak, sekurang2nya, aku boleh belajar dgn bacaan kerana kekangan waktu utk ke masjid dan mempelajari Fardu Kifayah ni... Lebih elok daripada membuang masa membaca novel kan... huhuhu

Tanpa aku buang masa, aku pun membeli buku tersebut  dengan harga RM15 sahaja... dan pembelian buku tersebut disertai dgn DVD untuk melihat sendiri cara-cara pengurusan jenazah.


Dalam islam sendiri menuntut  supaya belajar ilmu ttg Fardu Kifayah... bkn sekadar Fardu Ain sahaja.
Mudah-mudahan ilmu dari pembacaan buku ini, dapat aku kongsi dgn sahabat-sahabat yg kurang ilmu .. Insyaallah... :)