Assalammualaikum...
Macam mana kehidupan korang?? Hopefully, berjalan dgn baik yer... rasanya dah seminggu tak update blog ni. byk sebenarnya kisah yg aku ingin kongsi. Tp, disebabkan kekangan waktu,memanglah tak sempat nak menghadap lap top dan post kan cerita2 yg menarik ttg kehidupan aku. Dan yg paling tak bestnya, nak update blog ttg celebration birthday my Lil Qistina, pun tak sempat... Huhuhu...
Memang tugas sebagai isteri,ibu,pekerja dan part time student ni amat mencabar. Kadang2 tu mmg asyik nak mengeluh je. Tp kesabaran dan kekuatan dlm diri ni, mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Mmg kadang tu, rasa nk berhenti dari study. Tp bila difikirkan semula, perjalanan aku ni dah separuh. Hampir menuju penghujungnya. Cita2 aku utk mencapai target utk naik pangkat tu,akan aku kecapi satu hari nanti. Insyaallah.. Semua dgn izin Allah. Aku hanya merancang,tp Allah yg tentukan segalanya. Dan aku selalu berkata pada diri aku, 'kalau org lain boleh buat,kenapa tidak aku??!'
Memang byk cabaran. Lagi2 aku baru je pindah rumah. Byk betul nk kena fikirkan?? Dan semalam family in law baru saja sampai ke KL.. Dan kini family in law ada di rumah baru aku. Tujuan mereka dtg ke sini utk menjaga Qistina kerana mak aku terpaksa pulang ke Indonesia utk melawat nenek aku yg sedang sakit di sana.. So,insyaallah family in law akan ada di sini selama 2 minggu. Syukur ada mereka yg willing utk menjaga anak aku..
Yup... Semakin meningkat umur, mmg akan bertambahlah komitmen dlm kehidupan kita semua ni.. Terpulang pada diri sendiri utk mengawal tekanan,dugaan dan cabaran yg dtg. Walau apa pun, kita sebagai org islam, harus bykkan berdoa kpd Allah, supaya segala yg dirancang akn berjalan dgn baik.. Insyaallah.. Kurangkan mengeluh. Sb dlm islam pun tidak boleh hidup dgn keluhan... :)
*peringatan utk diri sendiri juga..... :D
No comments:
Post a Comment