everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Thursday, May 31, 2012

Renungkan seketika...... :)

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Tuesday, May 29, 2012

Qistina 1 year old!!

Syukur alhamdulillah.... now,Qis dah pun berumur 1 tahun pada 18 May 2012 yang lalu.... bersyukur ke hadrat Illahi kerana Qistina sihat.... plan nak celebrate birthday Qis dgn meriah. tapi malangnya sibuk nak pindah rumah baru, jadi terpaksa buat kecil-kecilan saja.... hanya aku,hubby,kak yah dan family dan juga mak..... celebrate kat rumah mak saja.... kami potong kek dan makan KFC....

walau apa pun, tetap meriah... :)

cake Qistina..


my sweetheart :)

Budak umur setahun....
Qistina sekarang dah pun pandai jalan.... beberapa hari sebelum setahun Qis dah pandai jalan....

"Ya Allah,terima kasih atas kurniaan yang ternilai ini.... doa aku sebagai ibu,hanya inginkan Qistina menjadi anak yg solehah dan sihat sejahtera.. amin... "

Ibu dah abah saaaaaaayyyyaaaaannngg saaaannngggaaaatt Qistina tau.......!!! :D

Sunday, May 27, 2012

Inilah dinamakan kehidupan :)

Assalammualaikum...

Macam mana kehidupan korang?? Hopefully, berjalan dgn baik yer... rasanya dah seminggu tak update blog ni. byk sebenarnya kisah yg aku ingin kongsi. Tp, disebabkan kekangan waktu,memanglah tak sempat nak menghadap lap top dan post kan cerita2 yg menarik ttg kehidupan aku. Dan yg paling tak bestnya, nak update blog ttg celebration birthday my Lil Qistina, pun tak sempat... Huhuhu...

Memang tugas sebagai isteri,ibu,pekerja dan part time student ni amat mencabar. Kadang2 tu mmg asyik nak mengeluh je. Tp kesabaran dan kekuatan dlm diri ni, mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Mmg kadang tu, rasa nk berhenti dari study. Tp bila difikirkan semula, perjalanan aku ni dah separuh. Hampir menuju penghujungnya. Cita2 aku utk mencapai target utk naik pangkat tu,akan aku kecapi satu hari nanti. Insyaallah.. Semua dgn izin Allah. Aku hanya merancang,tp Allah yg tentukan segalanya. Dan aku selalu berkata pada diri aku, 'kalau org lain boleh buat,kenapa tidak aku??!'

Memang byk cabaran. Lagi2 aku baru je pindah rumah. Byk betul nk kena fikirkan?? Dan semalam family in law baru saja sampai ke KL.. Dan kini family in law ada di rumah baru aku. Tujuan mereka dtg ke sini utk menjaga Qistina kerana mak aku terpaksa pulang ke Indonesia utk melawat nenek aku yg sedang sakit di sana.. So,insyaallah family in law akan ada di sini selama 2 minggu. Syukur ada mereka yg willing utk menjaga anak aku..

Yup... Semakin meningkat umur, mmg akan bertambahlah komitmen dlm kehidupan kita semua ni.. Terpulang pada diri sendiri utk mengawal tekanan,dugaan dan cabaran yg dtg. Walau apa pun, kita sebagai org islam, harus bykkan berdoa kpd Allah, supaya segala yg dirancang akn berjalan dgn baik.. Insyaallah.. Kurangkan mengeluh. Sb dlm islam pun tidak boleh hidup dgn keluhan... :)

*peringatan utk diri sendiri juga..... :D

Friday, May 18, 2012

Minggu yang amat mencabar..

Assalammualaikum....

hai semua! huh... penat dan penat .. itu yg boleh dikatakan. bila assignment perlu dihantar pada hujung minggu ni.. dan perlu memikirkan proses utk pindah rumah lagi... aduhai.. mencabar betul kan... huhuhu...

esok kami dah setting utk angkut segala brg utk pindah ke Pinggiran Batu Caves. lori yg disewa puun tak berapa besar. hanya 1 tan sahaja. yer lah.. bkn nak bwk apa pun.. set katil je... sebab semua brg elektrik kami beli baru seperti mesin basuh, TV LCD, peti ais.... beli yg penting-penting je dulu..

kenalah buat secepat mungkin. oleh kerana keluarga mertua nak dtg kL cuti sekolah ni....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku.....

dan yg paling happy hari ni ialah, my Lil Qistina dah 1 tahun!!! Syukur Alhamdulillah...... malam kang pergi celebrate kat umah mak.... :)

Setahun sudah berlalu...

Assalammualaikum...

Qistina dah tidur... jadi, boleh lah update blog! :D Alhamdulillah, hari ni genap umur Qistina 1 tahun.. sgt pantas waktu berlalu.. masih teringat lagi setahun yang lalu waktu aku melahirkan Qis.


Nur Qistina Miasara bt Muhammad Fahzal telah dilahirkan pada 18 Mei 2011, hari rabu pada jam 1.44 ptg. sgt happy waktu itu. petang hari selasa tu aku kena tahan wad kerana pembukaan serviks telah buka 2cm. pada pagi rabu serviks pun dah buka 3 cm dan aku dimasukkan terus ke labour room pd jam 9 pagi. selepas nurse pecahkan air ketuban, aku hanya menunggu pembukaan serviks buka sehingga 10cm.. epidural?? ye aku ambil epidural?? jadi? ada masalah ke kalau ambil epidural? sekurang2nya aku tidak lah menahan sakit yg terlalu. jadi aku ada tenaga untuk teran. dan sekurang2nya Qistina keluar tanpa menggunakan vacum atau fosep yg boleh menyebabkan kepala bayi lonjong.. Alhamdulillah. orang kata ambil epidural akan menyebabkan sakit dibahagian belakang? ye ke?? tapi yg ckp tu bukanlah seorang DOKTOR. ;p

hehehe.. hampir 4 jam menunggu permukaan serviks tu buka 10cm. hampir 44 minit aku meneran untuk keluarkan Qistina... Alhamdulillah Qistina selamat dilahirkan.... syukur juga dpt melahirkan secara normal... selepas satu jam melahirkan Qistina, aku terus memberi susu badan pd Qistina.. kakak aku yg ajar mcm mana nak BF qis.. dan nurse di Hospital Pakar Al-Islam juga mengajar mcm mana cara utk menyusukan bayi... Alhamdulillah ramai yg bg support utk BF..

Pada esok harinya, aku dah boleh balik rumah.... masalah yg pertama aku dpt ialah tak boleh menyusukan Qistina bila dah sampai ke rumah.. tak tahu lah kenapa tiba2 qistina tak pandai nak menyusu... pd keesokkan harinya aku pergi ke hospital Pusrawi utk berjumpa dgn pakar kaunselor Breastfeeding. dan Alhamdulillah berjaya... pada hari ke-5 berpantang, aku start mengurut badan. dan selepas tu, susu keluar dgn meriahnya! rezeki utk qistina.. Alhamdulillah....



Pada hari ke-6 berpantang, Qistina kena Jaundice pula... tapi nasib baik tak begitu teruk. aku teruskan bagi susu badan dgn lebih kerap untuk menyembuhkan jaundice. ingat! susu ibu adalah TERBAIK utk bayi yg baru dilahirkan. dalam waktu yg sama, aku bagi qistina ubat homoepati.. dan setiap pagi, en.husband akan menjemur qistina.. Alhamdulillah tak sampai seminggu, jaundice qistina dah baik... syukur jgk qistina tak ada lah sampai kena ambil darah....

Dan...... hari hari berlalu dgn melalui waktu berpantang sgt bosan sebenarnya...... aku tak kisah sgt tentang makan makanan apa yg tidak boleh. cuma yg sgt bosan ialah kena pakai bengkung. adoi... mmg malas!hahahaha.. tapi sebenarnya pantang dgn cara yg betul amat lah penting. mcm org tua selalu ckp, "badan ni nak pakai lama.. nanti laki cari lain!" huhuhuhu... org tua ckp tu, kena ikut... jgn nak moden sgt. ;D

apa2 pun, aku  bersyukur sgt dggn kehadiran qistina dpt memberi keceriaan kepada aku dan husband...

Sunday, May 13, 2012

Jangan!Kenapa JANGAN dlm Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi

itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita

dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk

yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita

mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan

mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi

dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau

memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang

bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita

sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan

memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan

hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya

untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Friday, May 11, 2012

Doa utk sahabatku..

➢  Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu         
2. Kata-kata            
3. Kesempatan

➢  Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :           1. Kemarahan          2. Keangkuhan       3. Dendam➢  Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :          
1. Harapan     
2. Keikhlasan         
3. Kejujuran

➢  Ada 3 Hal yg paling berharga :          
1. Kasih Sayang      
2. Cinta        
3. Kebaikan

➢  Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :          
1. Kekayaan            
2. Kejayaan             
3. Mimpi

➢  Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :          
1. Komitmen           
2. Ketulusan           
3. Kerja keras

➢  Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :          
1. Tekad                   
2. Kemahuan          
3. Fokus

➢  Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :          
1. Rezeki                  
2. Umur                    
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :          
1. Tua           
2. Sakit         
3. Kematian. 

Ya  اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.. Amin....

Wednesday, May 9, 2012

Tambah koleksi lagi!!

haish.... suka betul nak membazir lagi kan!! yelah... tak tahan lah tgk dress yg cantik2 di thepoplook.com tu......
skg ni dah ada 5 dress dibeli di website itu....

tapi tak sempat nak pakai lagi. heheee... bukan apa. murah ke dress tu... klu korg beli kat shopping mall, harga cecah seratus. tapi kat thepoplook ni, mmg murah. dan postage free tau!! tu yg asyik membeli jer...... dan bila dah bayar esok tu terus mereka post! sgt cepat.

dress maxi yang aku beli ialah,

agak sesuai dgn ketinggian aku.

plain maxi dress je.....
apa lagi!! marilah bershopping di thepoplook.com!!! :D

Saturday, May 5, 2012

Jalan lah kaki...

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki



Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.


1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,
kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Renung-renungkan... selamat beramal... :)

Friday, May 4, 2012

Bersyukurkah org mcm ni??

Assalammualaikum....

Salam jumaat semua... mudah-mudahan hidup kita sentiasa mendapat redha Allah...



Ini gambar rumah flat..... Apa kena mengena dgn entry kali ni?
Hurmmm.. masih aku teringat kata seseorang ni yg mengjengkelkan aku. "TAK KAN NAK TINGGAL RUMAH FLAT KOT! APA KELAS!" menyampah tak?? hina sangatkah org yg tinggal di rumah flat??? agak terkejut bila dgr kata-kata mcm tu. Yee!! aku tahu kau adalah org kaya..(kaya ke kalau bersalin pun kat hospital kerajaan???) belagak nak mampus.

Aku sekarang tinggal di rumah flat. So?? adakah aku ni terdiri dari golongan yg miskin?? kau ingat org yg berduit tak ada ke tinggal kat rumah flat? pemikiran dia ni mmg agak bodoh sebenarnya..... memandang rendah terhadap org2 yg susah. status di FB bkn main ckp "Alhamdulillah" tapi belakang hipokrit gila. Layak kah org sebegini berkata syukur terhadap Allah, sedangkan di belakang mengutuk org yg tinggal di rumah flat!!

semua org mmg mengimpikan kediaman yg selesa. tapi tak perlu lah nak berkata yg tinggal di rumah flat ni menggambarkan hidup seseorg tu miskin... tak ada kelas lah..... sekurang-kurangnya pemilik rumah flat tu, mereka membelinya. bkn mcm dia ni. mmg lah tinggal kat kawasan rumah teres. tapi hanya MENYEWA. ada kelas ke????

mmg aku benci gila dgn org yg suka memandang rendah terhadap org lain. kwn2 dia ni pun ada juga tinggal kat rumah flat PPR. dalam masa yg sama dia jg mengutuk kwn dia jg kan... jgn ingat kehidupan anda begitu sempurna. Allah sahaja yg sempurna. kalau anda ada kelebihan, anda juga ada kekurangan.

Kalau dilihat, mmg byk kekurangan tinggal di flat ni.. kdg2 mmg kotor. ludah sini sana. sampah bertaburan. ye lah... mana ada byr maintenance kan... so tak ada sesiapa lah yg nak bersihkan.. parking pun susah... suasana yg bising...memang byk kurangnya. tapi itu dah mereka mampu... SO far Alhamdulillah flat yg aku tinggal ni ada org yg bersihkan. dan kena byr maintenance.. so tak lah begitu kotor sgt.. mmg kdg2 tu mengeluh, "bilalah nak pindah ni.." tapi berkat kesabaran dan doa juga rezeki, aku dah pun memliliki rumah sendiri. dan insyaallah agak selesa. sekurang-kurangnya aku memiliki harta sendiri dalam umur aku 26 tahun. berbanding dgn dia yg mengjengkelkan tu, dah masuk 30an, tapi masih menyewa. itu pun masih nak berlagak lagi.

aku bukanlah baik sgt. tapi jgn lah nak memandang rendah terhadap org yg tak berkemampuan..

hurmmm... sekarang rumah baru aku masih tgh renovate lg... insyaallah tgh bulan ni pindah lah aku dari rumah flat di sentul ni...... rumah baru terletak di Gombak...

nk tgk rumah aku tak???hehhehe

security

boleh belajar swimming

dalam rumah

ok... cukup lah..... nak tgk lebih-lebih jom dtg rumah aku sendiri.hehehhee....

Tuesday, May 1, 2012

HUTANG!!

Dosa berhutang tidak diampunkan oleh Allah...


ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan. Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18) Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya

.3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya." Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang

.l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup. Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.

"Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.


*untuk peringatan diri sendiri juga.....