everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, April 4, 2012

Jamu

Assalamualaikum...

Entry ni bukanlah mengisahkan aku ni seorg pengedar atau penjual jamu ok..... hehehhee... apa yg hendak aku sampaikan, sehingga sekarang aku masih makan jamu setelah melahirkan Qistina tahun lalu.

bagi sesetengah org, mungkin yg amal cara hidup moden, tidak makan jamu after bersalin. doktor juga tidak menyarankan ibu bersalin makan jamu. tapi, keturunan aku, mmg makan jamu.. jika kita menyusukan bayi selepas bersalin, mmg tidak perlu makan jamu. tapi bila dah sebulan kita berpantang eloklah kita makan jamu. Permulaan bersalin tu tidak perlulah makan jamu dulu. Ini dikuatiri bayi kita akan kena Jaundis. Tapi lps sebulan makanlah.. ini adalah utk menyihatkan,membuang angin dan memberi tenaga semula selepas bersalin.

macam aku, aku memilih jamu Nona Roguy. ramai yg recommend pd aku, yg jamu ini bagus. setelah aku makan beberapa bulan, mmg nampak hasilnya. salah satu, melawaskan buang air besar. mmg kalau kita dalam pantang, akan menghadapi masalah buang air besar. aku tak tahu lah org lain mcm mana, tapi aku mmg bermasalah... huhuhu...

Actually jamu ni juga boleh menurunkan berat badan after bersalin. Mmg banyak kebaikan jamu ni.. Dan yg penting, bila makan jamu ni, kenalah minum air yg banyak. Sb jamu ni panas..

So far, Alhamdulillah badan aku rasa sihat dan kuat selepas mkn jamu ni. Ye lah, menjadi seorg ibu dan isteri yg bekerjaya ni, bkn lah mudah utk mengekalkan kesihatan badan. Jadi, tiada salahnya kita sebagai seorang wanita ni ambil jamu sebagai supplement.. Supplement yg lain pun ok jgk.. As long as supplement itu sesuai dgn body kita...

Selain dari itu, kebaikan jamu ni adalah utk mengurangkan keputihan di bahagian sulit wanita..

Ini adalah set bersalin Jamu Nona Roguy. Mula2 aku hanya makan Phyonatal dan air jamu(utk pekatkan susu),juga minyak mustajab utk disapukan seluruh badan. Lps habis pantang, aku continue makan pil Phyonatal..




Yg kat bawah ni, ialah jamu Mak Dara. Ada org kata bagus juga. Tp tak pernah pula try.. Maybe one day, aku nk try..



Terpulang dari pendapat masing2 bahawa elok atau tidak pengambilan jamu ni. Bagi aku Alhamdulillah, kesan kpd aku, positif. Jadi aku continue saja. Kita sebagai seorg wanita,isteri dan ibu perlu menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh bdn kita sendiri.. Siapa yg tak mahu kelihatan cantik dan menawankan?? jadi terpulanglah dgn cara masing2 utk menjaga kesihatan diri... Hehehe.. ;)

No comments: