everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, March 25, 2012

Hanya Luahan Hati Rakyat Malaysia.

Assalammualaikum....

Pertama sekali aku ingin menjelaskan bahawa entry ini bukanlah cerita tentang POLITIK! Harap maklum kepada pembaca semua.. Aku hanya ingin meluahkan perasaan sebagai salah seorg rakyat Malaysia, yang merasakan kerajaan perlu membuat sesuatu. Aku bukanlah pakar dlm bidang ekonomi dan aku bknlah Valuer hartanah. Aku tidak belajar dlm bidang tersebut. Aku juga bkn seorg yg pakar dlm politik! Adoi... Apa ni?? straight to the point je lah..... hahahaha..



Ok.. Entry ini sebenarnya ialah mengenai harga rumah yg dijual di KL dan & Selangor sejak beberapa tahun yg lalu. Aku memerhati mmg harga rumah terrace mahupun rumah kondo/apartment agak mahal. kalau di area Sri Gombak tu, paling murah 250k. itu pun mmg kecil saja keluasannya. dan mungkin terpaksa renovate sedikit jika membelinya. kalau rumah baru yg dijual oleh developer, mmg harganya mencecah 400k! mampukah golongan bergaji sederhana membeli rumah dgn harga begitu?? kalau pasangan suami isteri bekerja dan total gaji mereka 5k, mmg lah tidak cukup. sekurang2nya ansuran bulanan dgn harga rumah 400k itu, lebih kurang 2k. kereta lagi.. dan perbelanjaan lain lagi. mcm tu,mmg lah golongan yg gaji sederhana tdk mampu mliki rumah dgn harga sebegitu..(termasuk aku). huhuhuhu...

Ramai juga mengatakan ada rumah yg tidak sampai 250k. tapi rumah tersebut di area Rawang,Dengkil,Sg Buloh,Cheras dan Kajang. kalau tempat kerja kita dlm area tersebut, aku rasa tidak ada masalah lah, kalau kita membeli rumah itu. tetapi jika jauh,bagaimana? minyak kereta lagi... nak beli rumah ni, bkn mcm nak beli baju. nak kena fikir betul2. kalau nak rumah terrace,then besar dan harganya murah, tetapi tdk ambil kira faktor2 yg lain, takut nanti menyesal pula...

Kerajaan sepatutnya mengkaji semula kenapa harga rumah begitu tinggi. adakah mungkin pemaju dan penjual mengambil untung yg terlalu tinggi. dan Skim Rumah Pertamaku itu, lansung tidak jalan. Cuba fikir logik. mana ada bank nak luluskan loan 100% kepada peminjam jika gaji pun tdk mencukupi, tetapi inginkan rumah yg harganya 300k. habis tu, kenalah beli rumah flat je???!! mcm tu?? sekarang ni pun, kebanyakkan bank tdk mahu memberi loan rumah jika rumah itu berharga 100k ke bawah. kerana tiada untung, Adilkah??? orang yg bergaji kecil mungkin sudah begitu bersyukur jika dpt membeli rumah low cost kerana itu sahaja yg mereka mampu... mcm sekarang ni, DBKL telah membuat tawaran kepada penduduk yg menyewa rumah PPR, utk membeli rumah low cost tersebut dari harga 25k-35k. itu hanya utk golongan yg bergaji 1k ke bawah.

semua org mahu upgrade kehidupan masing2. salah satunya ingin memiliki rumah yg selesa... tapi jika harga rumah semakin lama semakin tinggi sampai bilalah rakyat Malaysia ini tidak mampu memlikinya.

Di sini ada kenyataan dari Tun Daim Zainuddin yg di petik dari akhbar pada 22 March 2012. Jom sama2 kita renungkan apa pendapat beliau tentang harga hartanah di Malaysia ini...


Ramai yang menggelarkan Tun Daim Zainuddin ini “Daim Diam”. Kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang jarang-jarang sekali mengeluarkan kenyataan di media arus perdana walaupun ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dahulu.


Tetapi, sejak-sejak akhir ini beliau acapkali tampil berkongsi pandangan & pendapat tentang senario yang berlaku di Malaysia ketika ini, seperti mana yang beliau lakukan sebelum pilihanraya umum 2008. Terbaru….


Terbaru Tun Daim Zainuddin mengatakan harga rumah kediaman di Malaysia terlalu tinggi, jauh diluar kemampuan rakyat untuk memilikinya.


Apa pendapat anda pula? Dan apa lagi yang beliau katakan? Beliau mengesa kerajaan mengambil tindakan cepat dengan cara mengawal kalangan pemaju yang “telah merosakkan” pasaran hartanah di Malaysia.


Lagi Butir-butir Kenyataan Tun Daim Zainuddin Mengenai Pasaran Harga Hartanah di Malaysia


1. Pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negera jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan pengguna seperti anda, anda semua. Anda bersetuju?
2. Yang kedua. Kenaikan mendadak harga hartanah semenjak tempoh dua tahun yang lalu sangat tidak masuk akal.
3. Seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini, dan sepatutnya gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia hari ini adalah RM1, 200 sebulan
4. Gaji minimum perlu dinaikkan seiring dengan kadar produktiviti. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan
5. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah


Jadi, Apa yang Rakyat Malaysia Mahukan Sebenarnya? (Tun Daim Daim Zainuddin)


1. Sifat mewah adalah di luar jangkauan rakyat Malaysia ketika ini. Itu hakikatnya.
2. Oleh itu, kerajaan perlu prihatin dan jelas bahawa setiap daripada mereka (iaitu anda, anda semua) mahu memiliki rumah sendiri pada kadar yang munasabah. Setuju?
3. Rakyat Rakyat juga mahu disediakan peluang pekerjaan, dengan gaji yang mampu untuk memenuhi keperluan harian mereka
4. Seterusnya rakyat mampu menerima pendidikan yang sempurna
5. Harga barang dikawal dengan baik. Bukannya harga bercakap kosong sahaja. Ini kerana rakyat akan terus memerhatikan polisi kerajaan sekarang ini
6. Akhir sekali, jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat hari ini, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan


Sebenarnya kerajaan boleh mengawal pasaran harga hartanah di Malaysia. Memang boleh. Sebab memang berkuasa ketika ini. Tetapi jikalau ramai kalangan pemimpin terus menagih komisen dan mempunyai kepentingan besar dalam industri hartanah, impian besar rakyat Malaysia hanyalah tinggal angan-anga semata. Harap tidak begitulah.


“Disebabkan kelompok REDHA yang tamak haloba, ramai rakyat Malaysia yang melopong”


Jangan biarkan REHDA lagi berkuasa kerajaan. Harga pasaran hartanah hanya boleh dikawal oleh kerajaan persekutuan. Dasar yang dilakukan itu kena benar-benar jelas & menjaga kepentingan rakyat kebanyakan bukan yang “berkepentingan”. Dan kami merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib cuba buat yang terbaik kepada rakyat Malaysia sepanjang di bawah kerajaannya. Tetapi harapan kami janganlah ulangi lagi dengan dasar …………………


“Skim Rumah Pertamaku” - Apabila pasaran harga hartanah terus meningkat, naikkan jumlah maksimum tetapi GAJI TETAP SAMA?


Diharap kerajaan Datuk Najib terus memikirkan lagi dasar yang mampu membendung masalah ini dengan secepat mungkin. Kadang-kadang rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kenaikan berkali-kali ganda harga rumah sedangkan kenaikan gaji dilihat sukar untuk dinaikkan. Bertambah parah, ada yang sudah tidak merasai kenaikan gaji untuk sekian lamanya.


Memang mudah pemaju letak harga. Mereka akan menggunakan pelbagai alasan untuk membolehkan harga rumah dijual beratus-ratus ribu. Kemudian, bank pun mengambil peluang untuk mengaut keuntungan sama. Semua mahukan keuntungan. Jadi akhirnya beban diletakkan di bahu pembeli  yang berkeinginan memiliki rumah sendiri. Itu belum ditambah lagi dengan kehadiran spekulasi pelabur-pelabur hartanah.


Ada sesetengah hartanah yang kami perhatikan, harga boleh melonjak tinggi untuk tempoh 3-5 tahun sahaja. Daripada nilai rumah sekitar RM300,000-RM400,000 terus meningkat naik ke paras RM1.2 juta contohnya. Sub-sale sudah 2, 3 kali pun masih ada lagi yang nak beli. Siapa boleh halang bukan? Selagi mana ada permintaan….


Walaubagaimanapun, jika ada yang mengharapkan harga rumah akan turun ke paras 2-3 tahun lepas, tak mungkin akan berlaku sebegitu rupa. Walaupun ada inisiatif kerajaan untuk hentikan kegiatan spekulator, harganya hanya boleh diturunkan sekitar 10% sahaja, paling banyak pun 15%. Maksudnya di sini, jikalau rumah sekarang berada pada harga sekitar RM400,000, paling banyak harga rumah boleh turun pun sekitar RM40,000 sahaja. Walhal….walhal 2-3 tahun lepas rumah 22 x 70 hanya sekitar RM280,000.


Itu sebablah kami harap selepas dasar-dasar yang dikemukakan jangan sampai membiarkan spekulator bermaharajalela. Spekulator-spekulator ini, kerajaan mesti tahu siapa dibelakangnya kerana dilihat mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan “mempunyai kuasa & pengaruh”.


Sekarang insiden-insiden rumah-rumah yang sudah habis dibeli tetapi apabila sudah siap sepenuhnya tidak ramai penduduk, sudah menjadi perkara biasa. Apabila disemak semula banyak lagi rupanya rumah yang berada di tangan pemaju. Bijak-bijak. Bijak menipu….


Apabila ramai pemaju yang buat begitu, ia akan cipta suasana terdesak membeli rumah dan makin lama makin ramai yang terpaksa “terjun”. Akhirnya ianya akan jadi keadaan “panic buying” dan dengan mudahnya mereka terus menaikkan harga rumah.  Contoh? Ada….


Contohnya Temasya Glenmarie. Orang beratur nak beli. Sehingga ada yang sanggup membayar untuk mengambil giliran untuk mereka. Sampai begitu sekali keadaan yang dicipta oleh kalangan pemaju ini.  Akhirnya apa jadi?


“Semua unit habis terjual dalam sekelip mata”


Apabila sudah siap sepenuhnya, kadar yang menghuninya sangatlah rendah. Akhirnya banyakannya menaikkan banner untuk dijual. Adakah mereka yang membeli, benar-benar pembeli atau pelabur hartanah/spekulator? Yang mana satu?


Mungkin sudah tiba masanya :


1. Kerajaan melarang warga asing membeli harga rumah freehold. Berani?
2. Kerajaan hanya membenarkan warga asing membeli hartanah pada nilai RM1 juta dan ke atas sahaja. Berani?
3. Dan…yang ini, mungkin kalangan “jutawan hartanah atau pakar hartanah” tidak menggemari cadangan ini. Warganegara dihadkan memiliki tidak lebih daripada 3 rumah pada satu masa yang sama. Berani?

Apa Pandangan anda pula mengenai isu harga hartanah di Malaysia? Apa pendirian dan pemerhatian anda?

No comments: