everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Thursday, March 29, 2012

Bubur nasi buat Qistina

Assalammualaikum....

cuaca yg agak mendung dan sejuk di luar tu, membuatkan aku ingin tidur saja.. lepak di rumah kerana hari ini bercuti. jadi aku merajinkan diri utk mengupdate blog. hehehe..

badan aku agak tak sihat, tapi kesihan Qistina mesti lapar. lately,mak kata, qistina tak mahu makan sgt Nestum Cerelac perisa gandum dan ayam. mungkin dah muak agaknya.. tapi sebelum ini, mak mmg ada buatkan bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur carrot dan ayam. lepas itu mak akan blender bubur itu. malangnya, beberapa hari selepas mkn bubur itu, qistina berak2. hurmmm, tak sesuai agaknya... jadi, mak pun stop bagi bubur nasi tu. continue mkn Nestum Cerelac. salah sorg kakak aku ckp, tggu setahun baru baru bagi bubur nasi.. sb maybe perut Qistina tak sesuai lagi..


solid food stage 3


Hari ini, kebetulan aku cuti, aku pun memasak bubur nasi kosong dan aku goreng ikan bilis lepas itu ikan bilis itu aku tumbuk bg hancur utk dimakan bersama bubur nasi td. bila suap qistina, Alhamdulillah dia nak makan... tp tak banyak. mungkin cpt kenyang agaknya. sb texture bubur yg tak di blend agak keras.
tidak mengapalah... asalkan qistina nak jgk makan. nasib baik qis minum susu aku lg... kenyang jgk lah klu tak mkn apa2 pun...

bubur nasi plain...

ikan bilis yg telah ditumbuk halus

maybe lepas ni, aku ingin buat bubur nasi campur dgn sayur atau ayam atau daging. dan dimakan bersama sup. mesti Qistina berselerakan! ^_^

sebelum ni aku mmg agak risau bila nak bagi makan solid food pd qistina. ye la.. usus dia belum betul2 matang. jadi, risau lah kalau bg sesuka hati je kan... mudah2an qistina tak ada apa2..Insyaallah...

Wednesday, March 28, 2012

Masih adakah hari esok...?

Tidur itu ibarat mati, Mungkin malam ini malam terakhir bagi kita. Adakah kita sempat bertaubat sebelum tidur. Adakah kita sudah bersedia kesana jika besok kita bangun diri kita sudah berada di dalam kubur.   

Umur kita semakin hari bertambah, nyawa semakin hari berkurang. Kita hanya ada 3 masa. Masa yang lepas, masa sekarang dan masa akan datang. Begitu juga nafas kita. Adakah kita akan bernafas hari esok. Ada yang tengah makan  berhenti bernafas, tengah berkaraoke pun  berhenti bernafas. Yang bernasib baik berhenti bernafas ketika bersolat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)

 

Masa yang lepas tak akan kembali, yang ada masa sekarang. Masa akan datang belum tentu lagi. Ambil kesempatan dengan masa sekarang untuk bertaubat. Takut tak sempat tunggu masa akan datang. Masa yang ada genggamkan. Pendekkan cita-cita kita untuk tunggu masa akan datang.

Menurut al-Syarawi, Allah SWT akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.

Allah SWT juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.

Kata perpatah melayu."Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Yang dikejar itu (Dunia). Projek, bisnes dan harta dll. Yang dikendong itu (Akhirat). Semua tercicir kerana dunia. Tinggalkan akhirat kejar dunia. Jangan sempat mengira sebelum dapat. Apa yang ada bersyukur dengan nikmatNya. 

 

Ini kisah seorang haji yang sakit dan tinggal di wad selama 5 tahun dan akhirnya kembali ke rahmatullah selepas koma beberapa hari. Beliau sempat memberitahu kepada ustaz ku sebelum beliau koma.  Selama 5 tahun beliau terlantar di wad pesakit. Ramai yang datang melawat beliau. Tetapi ramai yang kembali ke rahmatullah lebih awal dari beliau iaitu seramai 20 orang termasuk saudara dan kawan-kawan yang datang melawatnya dahulu. 

 

Ingat yang sakit akan mati dulu. Tapi yang sehat pergi dulu. Yang sakit bernasib baik dah tentu bertaubat dan berzikir. Dah tahu akan pergi kesana. Kata Ustaz ku. Jika semasa kita sedar dan terlantar sakit, selalu berzikir kepadaNya. Jika seseorang itu koma. Jantung dan hatinya akan tetap terus berzikir. Alangkah beruntung hamba ini.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

 

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi  . Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18) 

Jadi sebelum tidur marilah lakukan solat taubah agar segala dosa kita diampunNya. Jika esok kita bangun dan masih hidup lagi. Ambil kesempatan yang ada untuk bertaubat kepadaNya

*untuk peringatan diri sendiri juga.... ~~ 

 

Sunday, March 25, 2012

Hanya Luahan Hati Rakyat Malaysia.

Assalammualaikum....

Pertama sekali aku ingin menjelaskan bahawa entry ini bukanlah cerita tentang POLITIK! Harap maklum kepada pembaca semua.. Aku hanya ingin meluahkan perasaan sebagai salah seorg rakyat Malaysia, yang merasakan kerajaan perlu membuat sesuatu. Aku bukanlah pakar dlm bidang ekonomi dan aku bknlah Valuer hartanah. Aku tidak belajar dlm bidang tersebut. Aku juga bkn seorg yg pakar dlm politik! Adoi... Apa ni?? straight to the point je lah..... hahahaha..



Ok.. Entry ini sebenarnya ialah mengenai harga rumah yg dijual di KL dan & Selangor sejak beberapa tahun yg lalu. Aku memerhati mmg harga rumah terrace mahupun rumah kondo/apartment agak mahal. kalau di area Sri Gombak tu, paling murah 250k. itu pun mmg kecil saja keluasannya. dan mungkin terpaksa renovate sedikit jika membelinya. kalau rumah baru yg dijual oleh developer, mmg harganya mencecah 400k! mampukah golongan bergaji sederhana membeli rumah dgn harga begitu?? kalau pasangan suami isteri bekerja dan total gaji mereka 5k, mmg lah tidak cukup. sekurang2nya ansuran bulanan dgn harga rumah 400k itu, lebih kurang 2k. kereta lagi.. dan perbelanjaan lain lagi. mcm tu,mmg lah golongan yg gaji sederhana tdk mampu mliki rumah dgn harga sebegitu..(termasuk aku). huhuhuhu...

Ramai juga mengatakan ada rumah yg tidak sampai 250k. tapi rumah tersebut di area Rawang,Dengkil,Sg Buloh,Cheras dan Kajang. kalau tempat kerja kita dlm area tersebut, aku rasa tidak ada masalah lah, kalau kita membeli rumah itu. tetapi jika jauh,bagaimana? minyak kereta lagi... nak beli rumah ni, bkn mcm nak beli baju. nak kena fikir betul2. kalau nak rumah terrace,then besar dan harganya murah, tetapi tdk ambil kira faktor2 yg lain, takut nanti menyesal pula...

Kerajaan sepatutnya mengkaji semula kenapa harga rumah begitu tinggi. adakah mungkin pemaju dan penjual mengambil untung yg terlalu tinggi. dan Skim Rumah Pertamaku itu, lansung tidak jalan. Cuba fikir logik. mana ada bank nak luluskan loan 100% kepada peminjam jika gaji pun tdk mencukupi, tetapi inginkan rumah yg harganya 300k. habis tu, kenalah beli rumah flat je???!! mcm tu?? sekarang ni pun, kebanyakkan bank tdk mahu memberi loan rumah jika rumah itu berharga 100k ke bawah. kerana tiada untung, Adilkah??? orang yg bergaji kecil mungkin sudah begitu bersyukur jika dpt membeli rumah low cost kerana itu sahaja yg mereka mampu... mcm sekarang ni, DBKL telah membuat tawaran kepada penduduk yg menyewa rumah PPR, utk membeli rumah low cost tersebut dari harga 25k-35k. itu hanya utk golongan yg bergaji 1k ke bawah.

semua org mahu upgrade kehidupan masing2. salah satunya ingin memiliki rumah yg selesa... tapi jika harga rumah semakin lama semakin tinggi sampai bilalah rakyat Malaysia ini tidak mampu memlikinya.

Di sini ada kenyataan dari Tun Daim Zainuddin yg di petik dari akhbar pada 22 March 2012. Jom sama2 kita renungkan apa pendapat beliau tentang harga hartanah di Malaysia ini...


Ramai yang menggelarkan Tun Daim Zainuddin ini “Daim Diam”. Kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang jarang-jarang sekali mengeluarkan kenyataan di media arus perdana walaupun ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dahulu.


Tetapi, sejak-sejak akhir ini beliau acapkali tampil berkongsi pandangan & pendapat tentang senario yang berlaku di Malaysia ketika ini, seperti mana yang beliau lakukan sebelum pilihanraya umum 2008. Terbaru….


Terbaru Tun Daim Zainuddin mengatakan harga rumah kediaman di Malaysia terlalu tinggi, jauh diluar kemampuan rakyat untuk memilikinya.


Apa pendapat anda pula? Dan apa lagi yang beliau katakan? Beliau mengesa kerajaan mengambil tindakan cepat dengan cara mengawal kalangan pemaju yang “telah merosakkan” pasaran hartanah di Malaysia.


Lagi Butir-butir Kenyataan Tun Daim Zainuddin Mengenai Pasaran Harga Hartanah di Malaysia


1. Pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negera jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan pengguna seperti anda, anda semua. Anda bersetuju?
2. Yang kedua. Kenaikan mendadak harga hartanah semenjak tempoh dua tahun yang lalu sangat tidak masuk akal.
3. Seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini, dan sepatutnya gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia hari ini adalah RM1, 200 sebulan
4. Gaji minimum perlu dinaikkan seiring dengan kadar produktiviti. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan
5. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah


Jadi, Apa yang Rakyat Malaysia Mahukan Sebenarnya? (Tun Daim Daim Zainuddin)


1. Sifat mewah adalah di luar jangkauan rakyat Malaysia ketika ini. Itu hakikatnya.
2. Oleh itu, kerajaan perlu prihatin dan jelas bahawa setiap daripada mereka (iaitu anda, anda semua) mahu memiliki rumah sendiri pada kadar yang munasabah. Setuju?
3. Rakyat Rakyat juga mahu disediakan peluang pekerjaan, dengan gaji yang mampu untuk memenuhi keperluan harian mereka
4. Seterusnya rakyat mampu menerima pendidikan yang sempurna
5. Harga barang dikawal dengan baik. Bukannya harga bercakap kosong sahaja. Ini kerana rakyat akan terus memerhatikan polisi kerajaan sekarang ini
6. Akhir sekali, jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat hari ini, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan


Sebenarnya kerajaan boleh mengawal pasaran harga hartanah di Malaysia. Memang boleh. Sebab memang berkuasa ketika ini. Tetapi jikalau ramai kalangan pemimpin terus menagih komisen dan mempunyai kepentingan besar dalam industri hartanah, impian besar rakyat Malaysia hanyalah tinggal angan-anga semata. Harap tidak begitulah.


“Disebabkan kelompok REDHA yang tamak haloba, ramai rakyat Malaysia yang melopong”


Jangan biarkan REHDA lagi berkuasa kerajaan. Harga pasaran hartanah hanya boleh dikawal oleh kerajaan persekutuan. Dasar yang dilakukan itu kena benar-benar jelas & menjaga kepentingan rakyat kebanyakan bukan yang “berkepentingan”. Dan kami merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib cuba buat yang terbaik kepada rakyat Malaysia sepanjang di bawah kerajaannya. Tetapi harapan kami janganlah ulangi lagi dengan dasar …………………


“Skim Rumah Pertamaku” - Apabila pasaran harga hartanah terus meningkat, naikkan jumlah maksimum tetapi GAJI TETAP SAMA?


Diharap kerajaan Datuk Najib terus memikirkan lagi dasar yang mampu membendung masalah ini dengan secepat mungkin. Kadang-kadang rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kenaikan berkali-kali ganda harga rumah sedangkan kenaikan gaji dilihat sukar untuk dinaikkan. Bertambah parah, ada yang sudah tidak merasai kenaikan gaji untuk sekian lamanya.


Memang mudah pemaju letak harga. Mereka akan menggunakan pelbagai alasan untuk membolehkan harga rumah dijual beratus-ratus ribu. Kemudian, bank pun mengambil peluang untuk mengaut keuntungan sama. Semua mahukan keuntungan. Jadi akhirnya beban diletakkan di bahu pembeli  yang berkeinginan memiliki rumah sendiri. Itu belum ditambah lagi dengan kehadiran spekulasi pelabur-pelabur hartanah.


Ada sesetengah hartanah yang kami perhatikan, harga boleh melonjak tinggi untuk tempoh 3-5 tahun sahaja. Daripada nilai rumah sekitar RM300,000-RM400,000 terus meningkat naik ke paras RM1.2 juta contohnya. Sub-sale sudah 2, 3 kali pun masih ada lagi yang nak beli. Siapa boleh halang bukan? Selagi mana ada permintaan….


Walaubagaimanapun, jika ada yang mengharapkan harga rumah akan turun ke paras 2-3 tahun lepas, tak mungkin akan berlaku sebegitu rupa. Walaupun ada inisiatif kerajaan untuk hentikan kegiatan spekulator, harganya hanya boleh diturunkan sekitar 10% sahaja, paling banyak pun 15%. Maksudnya di sini, jikalau rumah sekarang berada pada harga sekitar RM400,000, paling banyak harga rumah boleh turun pun sekitar RM40,000 sahaja. Walhal….walhal 2-3 tahun lepas rumah 22 x 70 hanya sekitar RM280,000.


Itu sebablah kami harap selepas dasar-dasar yang dikemukakan jangan sampai membiarkan spekulator bermaharajalela. Spekulator-spekulator ini, kerajaan mesti tahu siapa dibelakangnya kerana dilihat mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan “mempunyai kuasa & pengaruh”.


Sekarang insiden-insiden rumah-rumah yang sudah habis dibeli tetapi apabila sudah siap sepenuhnya tidak ramai penduduk, sudah menjadi perkara biasa. Apabila disemak semula banyak lagi rupanya rumah yang berada di tangan pemaju. Bijak-bijak. Bijak menipu….


Apabila ramai pemaju yang buat begitu, ia akan cipta suasana terdesak membeli rumah dan makin lama makin ramai yang terpaksa “terjun”. Akhirnya ianya akan jadi keadaan “panic buying” dan dengan mudahnya mereka terus menaikkan harga rumah.  Contoh? Ada….


Contohnya Temasya Glenmarie. Orang beratur nak beli. Sehingga ada yang sanggup membayar untuk mengambil giliran untuk mereka. Sampai begitu sekali keadaan yang dicipta oleh kalangan pemaju ini.  Akhirnya apa jadi?


“Semua unit habis terjual dalam sekelip mata”


Apabila sudah siap sepenuhnya, kadar yang menghuninya sangatlah rendah. Akhirnya banyakannya menaikkan banner untuk dijual. Adakah mereka yang membeli, benar-benar pembeli atau pelabur hartanah/spekulator? Yang mana satu?


Mungkin sudah tiba masanya :


1. Kerajaan melarang warga asing membeli harga rumah freehold. Berani?
2. Kerajaan hanya membenarkan warga asing membeli hartanah pada nilai RM1 juta dan ke atas sahaja. Berani?
3. Dan…yang ini, mungkin kalangan “jutawan hartanah atau pakar hartanah” tidak menggemari cadangan ini. Warganegara dihadkan memiliki tidak lebih daripada 3 rumah pada satu masa yang sama. Berani?

Apa Pandangan anda pula mengenai isu harga hartanah di Malaysia? Apa pendirian dan pemerhatian anda?

Friday, March 23, 2012

Doa Seorang Isteri

Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah kita sebagai seorg isteri mendoakan suami dan rumah tangga kita agar mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah S.W.T.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat dalam sedar atau tidak

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku

dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala

perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala

dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

 

Wednesday, March 21, 2012

Avent Special Edition!

Assalammualaikum semua!!

entry kali ini ialah aku nak menceritakan apa yang aku beli di kedai barangan bayi iaitu Bebe Totz. Actually, pada hari sabtu malam yg lalu, aku nak ke outlet Fabulous Mom yang terletak di Ukay Perdana. Malangnya, tutup pula... Nak beli baju nursing.... tak sangka pula, outlet tu tutup pada jam 8.30pm... aku and hubby sampai pun, dah jam 8.45pm... So, mata aku ni memandang2 lah shop lot yang ada di situ. tiba-tiba ternampak satu kedai yg bernama Bebe Totz. en.hubby bertanya pada aku. tak nak ke singgah?? aku pun, on je lah.... hehehhee...

masuk2 je, tgk tak ada customer. ooppppsss... rupa2nya dah tutup. tapi owner kedai tu kata,boleh jer... hehehe.. dan owner kedai itu, adalah melayu kita! tiaba2 rasa bangga bila tau ada org melayu menjual brg2 bayi. ye lah...biasanya bkn org melayu yg buat bisnes mcm tu....

sambil aku lihat2 barang2 yg dijual di situ, ternampak pula dua botol susu Avent yg berwarna Pink dan Blue.. tak pernah pula aku lihat Avebt jual botol susu yg berwarna. selalunya mesti plain je..... hehehe.. Bila tanya pada owner tu, dia kata yg ni Special Edition... mula lah hati ni nak membeli tu!! ala...lagi pun aku mana ada beli sgt botol susu Qis ni. mmg sebelum ni pakai Avent. Tapi yg saiz kecil tu je... yg selalu tukar hanya puting saja.. puting botol susu mmg kena tukar setiap 3 bulan.. tapi aku beli puting jenama MAM. sebab tak mau mak tertukar dgn Alisya punya..

puting MAM.

Actually, puting MAM ni sesuai utk baby yg menolak botol susu. sebab rasa puting tu tak sama dgn puting ibu dia. tp klu bagi yg MAM insyallah baby tak akan menolak punya... dan puting MAM ni juga boleh digunakan pada botol susu Avent....
Qis ada satu botol MAM.. tapi dah tak guna, sebab leceh sikit nak cuci. kena buka bahagian bawah botol tu...

botol MAM

dan entry ini sebenarnya nak tunjukkan botol Avent Special Edition tu..... hehehe


ni dia...

nak lihat lebih jelas....

pink & blue

cantikkan?? ye lah... lain dari lain kan... aku mmg saja nak buat collection botol susu Qis. bukan selalu pun beli botol susu. hehehe.. klu kat kedai tu, yg set botol susu Avent yg starter, Rm120. compare klu beli kat expo, lagi murah kat kedai Bebe Totz tu.....

Apa2 pun, klu nak beli botol susu, biarlah pilih yg BPA free ok..... :)

Saturday, March 17, 2012

Lil Qistina! Part 7

heheheehehhe.. Syukur Alhamdulillah Qistina hari ini dah pun cukup 10 bulan..... dan mmg makin lasak si kecik ni!! tak tau lah dah berapa kali jatuh.. huhuhuuhu... Alhamdulillah juga, Qis sihat sejahtera.. hari tu je ada demam sikit. itu pun sebab nak kena campak.. campak halus.. mak kata, elok lah kena sekarang. nanti dah besar tak ada lah kena lg....

Qistina sekarang ni dah pandai meniti je... belum pandai jalan lagi... sekarang ni juga, dia suka sebut "babababa..." hahahaha... comel sgt! dan yg paling aku suka tgk dia, bila dia tgk iklan kat tv. Qis paling suka tgk iklan Oreo dan Softlan... sebab ada bdk lelaki yg comel tu.. bila Qis sedang main,tiba2 iklan tu muncul,terus dia stop main dan tgk pada tv.. lps tu, mula lah bercakap bahasa dia yg aku pun tak faham. hehehe...

Qistina jgk pandai tadah tangan utk berdoa bila dengar azan kat tv atau radio... Alhamdulillah... mudah-mudahan pandai lah baca Al-quran bila besar nanti... :))

Jom lah tgk gambar Qistina yg dah berusia 10 bulan ni.....

bdk lasak ni.....

sengih2 lps bgn tido...


lps bgn tido ni....

dalam car seat

main dgn patung Upin Ipin 


ibu ni asyik tangkap gambar jeee.....



aku hanya mendoakan semoga Qistina menjadi anak yg solehah... Insyaallah.... Ibu dan abah saaaaayyyyaaannnnggg saaaaannngggaaatt pada Qistina!! :D

Friday, March 16, 2012

Nursing Wear

Assalammualaikum....

Wanita dan shopping ni mmg tidak boleh dipisahkan lah kan.... hehehe.... sejak bersalin dan punya anak ni, aku lebih suka shopping baju untuk breastfeed. Baju2 lain tu mmg ada beli juga.. Itu pun kena pilih jenis yg senang utk BF Qis.. Syukur Alhamdulillah rezeki Allah beri sehingga sekarang aku masih lagi BF anak ku itu.. Jadi pembelian nursing wear atau nursing bra ni amat diperlukan utk keselesaan diri apabila kita BF anak. Dan favourite butik yg aku suka shopping barang2 utk BF ni ialah, Fabulous Mom. Harga yg dijual disitu amat berpatutan. Dan apa saja barang yg berkenaan BF ni mmg ada dijual di situ. Ia juga boleh dibeli secara online! Tapi aku rasa kalau nak beli baju atau bra better pergi terus kedainya. Sebelum ini aku selalu beli di outlet FM ni di TTDI. Tapi sekarang dah ada outlet yg berhampiran dgn rumah aku iaitu di Ulu Kelang. Berhampiran dgn Zoo Negara.

ini baju t-shirt utk BF yg dijual di FM

aku amat suka dgn baju t-shirt BF yg di atas ni.. Sekarang aku mempunyai 5 helai baju t-shirt dari FM ni... ada juga dijual dalam beberapa warna,seperti kelabu,hijau dan merah.. dan harganya ialah sekitar RM31.90-RM49.90... murahkan??? aku mmg ingin membuat collection utk t-shirt ni... hehhehe.. so,klu aku pakai baju ni, aku akan memakai bersama Poncho. apa itu Poncho?? Poncho ini ialah cover utk si ibu bila nak BF anak di Public.... aku akan bawa ke mana saja poncho ini bila ingin keluar bershopping atau keluar makan.. Jadi senang lah utk aku BF Qistina ... tidak susah pun utk si ibu BF anaknya. sekarang bermacam2 barangan utk BF bayi...

Poncho
Di FM ni, selain t-shirt ada juga jual blouse yg cantik2 utk BF. tapi aku rasa agak mahal kerana design dan material kain yg digunakan sgt berkualiti. mmg sesuai utk ibu-ibu yg sukakan fashion tetapi BF anak. so, tiada alasan utk si ibu yg gemarkan fashion tidak boleh melaram oleh kerana BF anak... betul tak....??


ini baju fashion utk si ibu yg BF. cantikkan.....
aku amat sokong kepada org2 yg menjual baju2 atau barang2 keperluan, utk memudahkan si ibu Bf anaknya dan memberi keselesaan juga keyakinan pada si ibu utk berkata tidak pada SUSU IBU. :)

Wednesday, March 14, 2012

Anak Kedua

Oopppssss...!! Tajuk entry tersebut tiada ada kena mengena dgn aku yer!!! Hehehhee... Mesti korang ingat aku pregnant lg kan... No.. No.. No... Belum lg yer.. Tp klu ada lg, apa salahnyakan!! Dah rezeki Allah bagi. Hehehehe.. Mmg perasaan nak mengandung lg tu, ada... Tp aku rasa masih awal lg... Insyaallah bila umur Qistina dah 2 tahun, boleh lah ada baby lg... :) Ok, balik kepada tajuk entry tersebut. Actually, one of my BFF dah selamat bersalin anak kedua.. Baby boy! Cukup sepasang dah... Yg first tu,perempuan.. So, Alhamdulillah, niat si mia nak anak lelaki tercapai.. :) Adam Qayyum nama baby tu.. Sebenarnya nama Qayyum tu aku dah set utk anak aku jika dpt lelaki lah... Tp si mia tu dah ambil! Sob.sob.. Tidak mengapalah.. Nama lain pun byk...

Dah 2 kali aku pergi melawat mia and baby.. First tu, tak sempat pula nak tangkap gambar.. Jadi, second time pergi, byk pula gambar yg diambil. :) Adam sgt comel!! Geram sgt... Bila pegang Adam, betul2 rasa nak baby lg... Huhuhu.. ;p

Marilah tgk gambar Adam ni....

Adam Qayyum

adam tgk aku laaaa..
comel kan adam ni..... Mia siap cakap, bahawa ini adalah baby yg terakhir kerana telah pun dapat sepasang.... apalah mia ni, padahal umur masih muda lg..... ;)

Sunday, March 11, 2012

Maternity & Children Expo 2012

Assalammualaikum....

Aku baru blk dari Maternity & Children Expo yg berlansung di Mid Valley dari 9 March-11 March 2012....
hurmmm, last pergi expo2 mcm ni, thn lps. Di Mid Valley jgk. kalau org tanya apa yg ada sgt dgn expo2 ni... actually klu expo mcm ni, boleh lah yg bakal2 menjadi ibu pergi utk membeli brg2 keperluan bayi dan sendiri bila bersalin nanti.. even,aku masa mengandung dulu pun, mmg tak akan terlepas dgn expo mcm ni. klu di awal2 pregnant tu,pergi dan hanya lihat2 sahaja.. tak ada lah nak membeli pun... tapi bila kandungan dah berusia 7 bulan,baru lah aku dan en.hubby listing brg2 keperluan dan pergi membelinya.. kalau di expo2 ni, mmg barangan yg dijual tu,agak murah. elok lah beli masa expo ni. tapi, yg tak bestnya, mmg crowded! dgn perut yg memboyot ni, lps tu kena jln tgh org ramai tu,mmg agak merimaskan. lagi2 klu expo diadakan di Mid Valley, mmg lah org sgt ramai! tp aku tetap suka pergi ke sana. huhuhu..

Pengalaman aku dulu, oleh kerana dah agak org akan terlalu ramai di expo tu, jadi aku dan en.hubby membuat keputusan utk membeli brg yg diperlukan dan terus keluar dari expo tu. sebabnya,aku mmg pening kepala klu tempat tu crowded! dulu aku hanya beli pump breast dan nursing bra di booth Fabulous Mom. lps je beli terus blk.... aku hanya membeli brg2 bayi di Sogo bila ada member sale. lagi best dan berpatutan. actually brg bayi ni tak perlu beli byk2 pun... sb,nanti mesti ramai kwn2 yg bagi.. total yg kami belanjakan utk brg2 bayi dan sendiri,lebih kurang RM1000.

Lps bersalin ada lagi expo di Mid Valley, aku dan en.hubby pun pergi lg... bole beli brg2 yg kecil2. sb murah. spt, Wet tissue, sabun pencuci baju baby dan lain2. Mcm expo kali ini, kami pergi hari terakhir.. dan tak ada lah nak beli apa pun barang Qis... yg byk membeli ialah brg en.hubby. sb di hall sebelah expo Maternity & Children tu ada jualan brg2 brand Hush Puppies. so,en.hubby lah yg bershopping. :)

Wet Tissue & Liquid Cleanser 

tu je lah yg kami beli di expo utk Qis.. sebabnya dah abis kat rumah... huhuhu...

Thursday, March 8, 2012

Bila BFF bertemu

Assalammualaikum...

hurmm,dh lama jgk aku tak mengupdate blog... so,entry kali ini aku ingin berkongsi saat manis aku bila bertemu dgn BFF... hehhehehe.. macam poyo pula bunyinyakan.... hhuhuhu.. 5 Mac 2012 yang lalu, aku,emma dan asida bertemu utk melepaskan kerinduan antara kami. ye lah.. sejak dah berumah tangga ni, masa agak terhad utk keluar atau bertemu. Jadi,pada hari tersebut kami pun bertemu dan gembira bersama2.

Jam 2.30 ptg baru kami bertolak. Destinasinya ialah Wangsa Walk jeeee.... hehehhe.. malas lah nak ke KL. jammed kot..... So aktiviti kami ialah makan dan berkaraoke!! emmmm,mesti ramai yg tertanya ,kena kami bertiga saja.. mana BFF yg lain?? emm,yg lain tidak berkesempatan utk bertemu kerana mereka kerja pada hari tersebut. aku apply cuti. emma dan asida half day...

di sini lah kejadiannya....

kwn saya..

lunch kami

so cute kan???!!

yyeee di sini lah tempatnya!!

screen tempat karaoke tu.....

nombor.


Ini adalah diantara gambar2 kami..... pertemuan yg agak singkat tapi amat bermakna. Insyaallah dgn izin Allah, ada masa dan jodoh, mmg teringin sgt bertemu dgn semua BFF aku.... sesungguhnya aku amat merindui mereka!! :)

Friday, March 2, 2012

Sebelum Ini dan Ketika Ini

Jika kita gunakan saat ini utk kenang perkara lalu dan rasa dendam dan
marah bersedialah untk hilang ketenangan dan hidup menjadi mangsa kepada
tindakan orang lain. Bila kita percaya kita bertanggung jawab atas hasil
kehidupan kita, kita tenang kerana kita tahu kita boleh ubah diri kita.
Kalau kita rasa orang lain yang bertanggung jawab dan selagi kita tak
dapat ubah mereka hidup kita tak akan berubah, bayangkan kehidupan kita
bergantung pada tindakan dan penghargaan manusia lain. Alangkah rugi
umur kita yg sedikit. Masa habis dgn sakit hati dan dendam dan dalam
usia muda bermacam penyakit , eg. Mirgarine, ulcer, back pain,. Bukan
dunia dan orang ramai yang membuat kita tidak gembira tapi cara kita
proses apa yg blaku menentukan kehidupan kita. Sama fikirkan - Prof Dr
Muhaya

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan
tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang
seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang
yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang
berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang
seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan
diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang
yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang
yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal
dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang
pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan
seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah
bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan
berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan
kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan
kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.

Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu,
maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Fikir, renung, timbang dan sama-sama la kite bermuhasabah lah diri.