everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, September 22, 2014

Tanda-tanda Aku Penghidap Endometriosis.

Assalammualaikum. 

Hai uuollss...

Ok. Entry kali ni aku nak share symptom yang aku rasa apabila cyst ada di ovari aku. Mungkin lain orang, lain symptom. Tapi ada symptom yang common utk pesakit endometriosis. 

Aku copy dari web site http://www.patient.co.uk. 
Ini adalah diantara symptom bagi pesakit Endometriosis.

  1. Painful periods. The pain typically begins a few days before the period and usually lasts the whole of the period. It is different to normal period pain which is usually not as severe, and doesn't last as long.
  2. Painful sex. The pain is typically felt deep inside, and may last a few hours after sex.
  3. Pain in the lower abdomen and pelvic area. Sometimes the pain is constant, but is usually worse on the days just before and during a period.
  4. Other menstrual symptoms may occur. For example, bleeding in between periods.
  5. Difficulty becoming pregnant (reduced fertility). This may be due to clumps of endometriosis blocking the passage of the egg from an ovary to the Fallopian tube. Sometimes, the reason for reduced fertility is not clear.
  6. Uncommon symptoms include pain on passing poo (faeces), pain in the lower tummy (abdomen) when you pass urine, and, very rarely, blood in the urine or faeces. Very rarely, patches of endometriosis occur in other sites of the body. This can cause unusual pains in parts of the body that occur at the same time as period pains.
Ada 6 symptom bagi pesakit endo. Keenam-eman symptom ni mmg ada pada aku. mmg sakit sgt klu time period. ada sesetengah orang walaupun ada cyst, dia tidak sakit waktu period. Dan dia tidak tahu pun yang cyst tu ada pada ovari. Dapat tahu pun, bila kahwin dan tak boleh pregnant. Then pergi jumpa doktor, and doktor scan, baru tahu rupa-rupanya ada cyst. Sebab cyst ni salah satu punca susah nak pregnant..

Apa2 pun, kita kena yakin dgn kuasa Allah. Aku blog walking, blogger yang pernah ada cyst ni, after removed the cyst, then dia boleh pregnant. My doktor o&g pernah cakap... "kadang-kadang, orang yg tak ada masalah cyst and fibroid ni pun tak boleh mengandung...  ada patient saya yang dah 3 kali operate cyst, then after that, dah ada 3 anak pun... Kita kena yakin dgn kuasa Allah... ". 

Sampai sekarang aku teringat ingat kata-kata doktor aku tu... Betul... rahsia Allah kita tidak tahu.. yang penting kita sebagai hampaNya, perlu minta dan berdoa pada Nya..  

Posted via Blogaway

Sunday, September 21, 2014

30 Hari Selepas Operation Cyst.

Assalammualaikum...

Hai uuollss..

Ehem. Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu iaitu aku menjalani operation for remove cyst di ovari. Alhamdulillah keadaan aku pun makin baik. Dah boleh jalan laju2 dah. Hehe..

Minggu pertama lps operate tu, mmg seksa rasa. Nak bgn katil pun payah.. Nak duduk payah. nak bangun payah. Semua payah!

Minggu kedua, Alhamdulillah rasa tak sakit sgt. Cuma masih tak boleh buat kerja berat2. Tapi setakat nak jemur kain tu boleh dah..  cuma tak boleh lah nak angkat bakul yg ada isi kain tu. Jgn cari hal weh.. tak pasal2 terburai perut ni kang. Huhuhu. Minggu kedua ni juga aku dah start kuar rumah. Bosan kot 2 minggu kat rumah je. Aku keluar pun bukan pegi mana... nak pegi klinik je.. nak buka plaster kat perut dan nak buat dressing kat luka tu.. masa doctor buka plaster tu, aku mmg tak berani lansung nak tgk mcm mana rupa luka perut aku tu. Aku mmg penakut! Doctor kata, luka aku ok je.. lps tu, masa nurse buat dressing tu, aku tutup mata gak. Rasa jugak lah nurse tu tekan2 kat luka tu.. tak sakit pun.. kebetulan pulak, ada Matta Fair kat dewan umno kat jln ipoh tu. Aku apa lagi.. pujuk lah en suami ke situ. Lps tu kena pulak membebel2 dgn en suami. Katanya, klu sakit buat lah cara sakit. Hambik ko. Alaa.. dia bukan tak tau isteri dia ni degil. Hehehe. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia ikut juga.. tapi malangnya, Matta Fair tu dah tutup. Aku terlewat setengah jam. Tak apa lah.. tak ada rezeki. Klu x, dah tentu duit melayang sebab ada destinasi terpilih utk pegi thn depan. Hehehe. Ok.. blk tu, aku pujuk lagi suami bahawa isteri nya nak pegi makan Burger Byte kat Dato Senu. Mcm biasa lah. Dia tak nak! Tp akhirnya berjaya juga pujuk dan kami lepak makan burger yg sgt awesome! 

Minggu ketiga, rasa ok.. cuma bdn rasa  penat sgt. Mcm bisa2. Sengal2. Aku rasa sebab badan dah masuk angin. Aku nak mengurut,  tapi mak cik urut tu asyik sebuk je.. jalan tak boleh laju2 lagi. Masih lagi jalan tunduk2.. tido pulak, dah makin selesa. Klu tak, tido jadi serba tak kena. Ke kiri sakit,  ke kanan pun sakit. Masa minggu ketiga ni aku dah pergi shopping. hik. ala... shopping kat giant je. beli barang2 dapur. Jalan pun masih slow2.. tapi apa yg aku rasa, aku cepat letih bila jalan lama2...

Minggu ke empat.. dah kira sebulan lah.. Alhamdulillah. Dah boleh jalan laju2 dah. Lompat je aku tak berani lagi. Hik hik. Cuma klu salah tido, mmg rasa sakit kat tempat operate tu. Luka aku pun, makin cantik dah rupanya. Dah berani tgk lah... masa blk dari klinik tu je, aku dah tgk. Ye lah.. sampai bila nak takut kan! Hehe.

Memang aku rasa, hari demi hari rasa badan tu makin sihat. Contohnya, kata hari ni rasa tak selesa kat tempat operate tu, tup tup esok dah ok.. Insyaallah.. harap2 dapat lah sembuh sepenuhnya. Sebab tak lama lagi, aku dah nak kena masuk office! Arghhh..  malasnya!!


Posted via Blogaway

Saturday, September 13, 2014

Pati Delima Gulsan

Assalammualaikum...

Hai uuollss... 

hari ni, aku nak share sikit tentang kebaikan pati delima gulsan ni. aku baru consume satu botol je. agak ketinggalan sebenarnya. padahal dah lama produk ni dijual di luar sana. 





baru2 ni baru rasa terbuka hati nak try. actually, en suami dah lama consume pati delima ni. dia pernah suruh aku minum, tapi aku yg tak nak... 

sebenarnya, banyak betul kebaikan buah delima ni. buat pengetahuan semua, buah delima ialah buah syurga. 

Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].


dalam al-Quran juga ada menyebutnya. jadi sudah2 tentu lah banyak kebaikan buah delima ni. perubahan yg aku rasa bila dah consume hampir satu botol ialah aku rasa badan aku mmg tak letih2. selalunya aku rasa sakit2 je badan ni. tp Alhamdulillah.. pati delima ni memberi kesan yg positif. dan kalau korang nak cuba sesuatu produk tu, mestilah secara konsisten. baru lah korang akan rasa kesan nya...

Antara kebaikan pati delima ni kepada wanita ialah :

  • Menegangkan payudara
  • Mencerahkan kulit(tinggi vitamin C dan antioksida)
  • Menegangkan kulit
  • Merawat keputihan
  • Merawat dan mencegah kanser rahim
  • Membakar kalori
  • Membaik pulih hormon
  • Menjaga kesihatan usus kecil dan besar
  • Dan lain-lain
Ramai juga yg aku dengar wanita yg sedang ber TTC amalkan pati delima ni dan mereka berjaya hamil.. even, anak saudara aku pun mengalami senggugut teruk. bila consume pati delima ni, alhamdulillah dah tak senggugut lagi.. aku yakin khasiat buah delima itu sendiri yg menjaga dan membaik pulih sistem peranakkan seseorang wanita. 

Back to basic... kita perlu yakin dengan apa yang tercatat di dalam al-Quran. seperti, madu, habatussauda, buah delima.. Entry ini sekadar perkongsian sahaja.. mana yang baik, kita share ok! Wallahualam...

*aku tidak jual produk ini. terima kasih. 



Friday, September 12, 2014

Gambar Cyst

Assalammualaikum...

Hai uuolls... seperti yg dijanjikan... aku nak share gambar cyst aku.

Mulanya masa kat hospital after operate tu, aku tak sempat nak capture gambar cyst masa doktor tunjuk tu. cyst tu masih dalam botol. dan masih fresh waktu itu! aku pun tgh amai2 masa tu...

So, hari isnin 8 Sept 2014 yg lepas, aku ada appt dgn doktor. masa ni doktor bagi gambar dan result cyst aku tu. Alhamdulillah, cell tersebut adalah cyst sahaja. dan tiada cell cancer. syukur. aku tak byk tanya apa2 pun pada doktor.. tak tahu nak tanya apa... huuhuuhu..

ok.. meh lah tgk gambar cyst aku ni... jgn muntah pulak lps tgk ni. hehehehe...




Haaa.... ni lah dia benda aneh a.k.a cyst yg ada dalam ovari aku tu... sebenarnya bentuk cyst ni bulat. ni hanya lah selaput dia. dalam tu ialah cecair iaitu chocolate cyst. bila doktor keluarkan cyst tu, cyst tu akan pecah. itu yg jadi mcm ni..saiz cyst yg sebelah kanan ni ialah 6.5cm X 5.5cm. lebih 5cm.. jadi, memang patut kena buang!


Yg ini pula cyst aku sebelah kiri. saiz nya lebih kecil berbanding sebelah kanan. 4.0cm X 4.0cm.


Yg ini pula ialah appendix aku... doktor kata perlu sgt buang. sebab dah nampak merah dan agak panjang juga. 4cm. banyak betul benda aneh dalam perut aku ni kan. huhuhu...


Ni ialah report tentang 3 benda aneh tu...

Aku rasa ramai yg mengidap penyakit cyst ni.. kalau dah lebih 5 cm, nasihat aku, bukan aku je yg nasihat, doktor pun, cyst tu mmg perlu dibuang. kalau, bawah 5cm, rasanya perlu jugak dibuang. tapi cara buang tu ialah cara tebuk(laparoscopy). mcm aku ni, laparotomy(open surgery).

Thursday, September 11, 2014

Sahabat....

Assalammualaikum...

Hai uoolsss...

Since cuti lama dan free ni, boleh lah hapdate blog! hehehe..

Di sini aku ingin mengucapkan syukur kerana aku punya sahabat yang ikhlas. senang bersama.. susah pun bersama... kadang2 tu, kita tidak sangka bahawa sahabat yang jauh dgn kita, adalah ada dengan kita waktu kita dalam kesusahan. 

kalau kita betul2 hayati erti persahabatan itu, sudah tentu kita tidak akan ada niat buruk atau bersangka buruk pada sahabat kita. bersahabat, sama seperti bercinta. terima seadanya. jika sahabat kita tu ada membuat silap, kita perlu tegur dgn baik. bukannya mengutuk, mengata belakang. untuk apa? untuk membuka aib sahabat kita sendiri? kadang2 bukan apa, sebenarnya kita ada rasa iri hati sepanjang berkawan dgn sahabat kita tu.. sebabnya, sakit hati bila sahabat kita tu 'lebih' dari diri sendiri. ini mmg masalah HATI..... aku cukup takut dgn penyakit hati ni. Ya Allah... mohon jauhkan dari diri ku.... 

Adalah paling aku benci adalah, bila ada sahabat yang hanya ingin berkahwin demi kepentingan diri sendiri. ini paling aku benci. bila sahabat tu boleh membawa manfaat pada diri, kau akan sanjung.. kau akan bersama. waktu senang aje lah... tapi, bila sahabat kau mula tidak memberi manfaat, kau hilang... hilang dalam pandangan. lepas tu, kata2 belakang... perli2.... adoi. kesian betul dgn manusia mcm ni. jgn lah terjebak dgn 'kawan' yang jenis ni. 

percayalah... korang akan sedar beberapa jenis sahabat yg mcm mana dalam hidup korang, apabila korang mengalami kesusahan. percayalah!!! 

Tuesday, September 9, 2014

Pengalaman Operate Cyst

Assalammualaikum...

Hai uuooollsss.. Apa Khabar semua... hope semua sihat di dalam lindungan Allah...

Badan dah rasa cergas sikit. So, baru lah boleh update blog yang sekian lama kesepian ni.
Buat pengetahuan semua, operation cyst aku telah pun dilakukan pada 21 Ogos 2014(khamis). Syukur Alhamdulillah operation telah selamat. Cyst yang berada di kedua-dua belah ovari aku telah selamat dikeluarkan.

Meh aku ceritakan pengalaman operate cyst dan hari-hari yg aku lalui di hospital kpj Tawakkal.

20 Ogos 2014 - Pada jam 3 ptg aku check in di hospital. perlu admit awal kerana doktor nak monitor BP aku... demam aku... klu BP tinggi atau rendah, mmg operation tak boleh dilakukakan. Jika demam juga operation tak boleh dilakukan. Alhamdulillah, BP dan suhu badan aku normal..Cumanya, 2 kali nurse cuba ambil darah, tapi urat kat tangan tak keluar2. bila nurse cucuk tu, masuk, tapi darah tak keluar. sakit oooiii!!! percubaan kali ke-3 berjaya pada malam . darah diambil adalah untuk check sama ada oksigen dalam darah aku cukup atau tidak... aku kena start puasa pada jam 12 tgh malam tu. nurse bagi ubat tido. kononnya nak patient tido dgn nyenyak malam tu. tapi aku tak makan pun ubat tu.. aku tido je mcm biasa. mmg la hati berdebar. fikiran pun tak bole nak relax... mana x takut ooii... ada ke org yg x takut. uuhuhuu...

21 Ogos 2014 - Pagi tu aku bangun jam  pagi. nak solat subuh tapi tak boleh.. masih dalam period. Mcm biasa. nurse akan ambil bacaan BP dan suhu badan. nurse juga bagi ubat utk buang air besar. tak sampai 5 minit aku telah, terus nak g toilet. huhuhu.. pada jam 8 mcm tu, nurse datang utk membawa aku ke bilik OT. hubby teman kan sampai pintu masuk ruang legar bilik OT. masa ni aku dah menggigil2. rasa mcm nak lari pun ada! aku tanya, kenapa awal sangat? operation patut jam 9 pagi. tapi jam 8 dah kena masuk bilik OT. nurse tu cakap, yelah.. nak masuk kan ubat bius dulu lah.. itu lah.. ini lah... sebelum tu, aku kena telah ubat tido. dalam 20 min lepas tu, aku rasa mengantuk sgt. tapi aku masih lagi sedar dgn keadaan sekeliling aku. nampak nurse lalu lalang. pas2 nampak patient kuar masuk dari bilik OT. Masa ni aku masih di luar bilik OT. air mata aku dah mula bertakung. takut.. seram... semua rasa ada. aku selawat byk2.. zikir.. mengucap. pukul 8.50 pg mcm tu, aku ditolak masuk bilik OT. Nurse tanya nama aku dan tanya pada aku, operation apa yang hendak aku lakukan ini. aku jawap dengan keadaan menggigil2. bila doktor bius masuk, air mata aku mula mengalir deras. doktor bius suruh aku bertenang. masa doktor cucuk epidural kat belakang aku, aku nangis teresak2. dan doktor o&g aku pun masuk... aku dibaringkan. dan doktor bagi aku sedut ubat tido. tak sampai beberapa satu minit, aku pun terlelap........ teettttttttt....

tetiba aku disedarkan. nurse menyeru2 nama aku. masa ni aku rasa mcm nak terbatuk2 dan aku muntah. sedar2 aku dibawa masuk ke dalam wad biasa. aku rasa kaki aku tak boleh gerak. lepas tu perut mcm tegang bila batuk dan muntah. sakit tu tidak, sebab ubat bius masih lagi dalam badan. aku dah sedar. tapi masih lagi amai2. mata mngantuk sgt. aku tgk jam di dinding, dah hampir kul 1. maknanya 4 jam lah aku duduk dlm bilik OT tu. tak lama kemudian tu, doktor datang bersama nurse dgn membawa 3 bekas. bekas2 tersebut berisi cyst dan apendiks. doktor tunjuk pada aku dan hubby. cyst aku tidak lagi berbentuk bulat. kerana ia dah pecah menjadi air sahaja. air dan bercampur darah sikit. bekas yg satu lagi tu, ialah apendiks aku. doktor dah maklumkan awal2 pada aku, bahwa dia akan check apendiks aku juga. klu kelihatan merah, doktor akan buang juga.. tak kisah lah.. asalkan semua nya selamat. doktor juga kata, keputusan aku utk buat operation ini adalah amat tepat. sebab, cyst tu agak teruk. dah melekat di usus. doktor kata, dia terpaksa panggil doktor usu pula utk check usus aku. tp Alhamdulillah... cyst tu, dpt dikeluarkan dgn selamat tanpa usus tu terkoyak. klu x..... lagi doktor nak kena tampal usus aku tu. cyst aku tu di bawa ke lab.. doktor akan bgtahu keputusan nya pada esok hari. aku pun sambung tido.... sampai lah jam 4 ptg mcm tu.

23 Ogos 2014 - masih lagi di hospital. Jam 7 pagi epidural dah stop. 3 botol epidural dimasukkan di dalam badan aku sejak hari operation. Doktor kata, hari ini tiup kencing dah boleh buka dan aku boleh cuba duduk dan bangun perlahan-lahan. mula2 tu, mmg agak pening kepala. rasa mcm nak pitam, tapi aku gagah jugak bgn.. 3 hari kot terbaring je kat atas katil. badan dah belengas dan gatal2, aku tak sabar nak mandi!! ok. pasal mandi ni, aku tanya kat nurse, sama ada aku boleh mandi atau tidak. dan nurse tu jawab, boleh je... sebab perut aku ada plaster pd luka tu. aku pun mandi dgn girangnya. tp aku mandi duduk lah kat atas toilet. gila kau nak berdiri. kepala pun pening2 lagi. tapi... sebenarnya, mana boleh mandi ooii!! wpun ada plaster, tapi tetap air tu boleh masuk. aku tanya 2 kali kot kat nurse. nurse yg kata boleh!

ok. buat pengetahuan korang, nak duduk, nak bangun, nak baring dari katil, mmg azaaaabbbbb!! perut ni rasa berat. dah lah aku batuk2. tekak gatal2. sebab masa operate tu, ada tiup kena masuk kat dalam mulut. so, tekak akan luka. tu yg gatal. pas2 batuk. bila batuk, perut ko rasa pedih wehhhh.... azab betul. sakit!!! berpeluh2 aku klu thn nak batuk tu. sob.. sob...

25 Ogos 2014 - pagi ni doktor datang jumpa aku. nak tukar plaster operation. pas2 doktor buka je, doktor tgk luka perut aku melepuh. aku mmg x nak tgk lah! sebab aku penakut! aku kata kat doktor, yg aku mandi. pas2 doktor terus marah aku. 3 hari dah aku mandi! doktor kata, kenapa awak mandi. wpun ada plaster, tapi tak boleh kena air. jadi plaster tu lembab. aku ckp lah, yg aku dah tanya kat nurse. nurse yg bg mandi. terus doktor minta nama nurse tu. tapi aku x de lah ckp nama nurse tu... kesian plak nnti nurse tu kena marah... huhuhu...

Dalam tengahari mcm tu, aku dah boleh discharge. 6 hari juga aku dok hospital. doktor bagi 2 bulan MC. Wooowwww!! ;p

*gambar cyst akan ku update pada next entry ok....!