Assalammualaikum...
Hai kawan2! Lama nya tak hapdate blog! Ye lah... tak ada cerita menarik nak di share kan... So, senyap je laaaa..... huhuhuhu..
Ha! Dah kenapa pulak dengan tajuk entry kali ni?? Nampak mcm nak post entry sedih je.... Hurm... mmg pun... :(
4 April yang lepas, aku ada check up dengan doktor O&G aku laaa... mcm biasa... check up cyst aku ni la... actually, tarikh appointment yang sebenar ialah pada 12 April. Tapi disebabkan last period aku pada 30 Mac tu, rasa mcm sakit sangat.. sakit perut senggugut tu sampai hari ke 5. So, aku pun call klinik doktor Siti, utk tukar tarikh. Risau kot... tak penah2 pulak sakit sampai berhari2. Masa tu aku dah terfikir yang cyst aku mesti membesar dgn jayanya. hhuhuuhu..
So, hari jumaat tu bila jumpa doktor, beliau dah tanya soalan yg sama setiap kali jumpa. "any good news??". Huh! sentap jugak hati ni.. jawapan aku, mmg x ada laaaa... dah 3 cycle aku ber TTC. tapi tidak berjaya. Mmg belum rezeki... mcm ni rupanya perasaan org yg dah lama kahwin dan yg tidak punya zuriat lg. setiap bulan sebelum tarikh period tu, mesti berdebar2 je. stress pun meninggi! baru aku tahu betapa kecewa nya hati bila ingatkan mengandung, tapi period.... sabar je laaa... rezeki lain nak masuk lah tu.... ayat nak sedapkan hati. hehehe.,
So, berbalik pada cerita cyst aku tu.. Ok mcm biasa lah. Doktor scan perut.. Dan resultnya, cyst aku tu tidak mengecil. dan tetap membesar. tapi, saiz membesar tu, tidak lah sampai 1cm dalam masa 3 kali period. sebelum ni, 3 kali period, mesti cyst tu membesar 1cm setiap bulan. so, aku agak cyst tu akan bersaiz 6cm. Tapi, saiz sebenar, 4.5cm(left) dan 3.2cm(right). Bulan Januari scan, 3.8cm(left) dan 2.3cm(right). Alhamdulillah... Aku rasa sebab tak membesar dgn banyak, adalah disebabkan aku consume Jus Royal Syifa dan GLA Shaklee. Aku yakin disebabkan 2 supplement yg aku amik ni... dan juga kerana kuasa Allah...
So..... bila doktor tgk aku tak bercaya pregnant dan cyst membesar, doktor pun buat keputusan utk aku buat surgery utk buang cyst tu.... tanpa segan silu, air mata aku bercucuran.... sedih dan takut laaa... dan doktor kata, tak mahu surgery secara tebuk, tapi nak belah perut aku dan keluarkan cyst tu. ada dua cara di sini. satu cara ialah dengan tebuk di perut dan laser bagi pecah kan cyst tu.. dan satu lagi cara ialah dgn membelah perut dan keluarkan ketulan cyst tu mcm kita petik buah. kalau, dgn cara laser, akar tu tak hilang. dan cyst tu akan tumbuh dgn cepat bila period dah dtg. kalau cara belah tu, risiko utk cyst tu tumbuh blk adalah lambat.... itu lah perbezaan antara kedua2 kaedah utk buang cyst tu.... Dan bila dah operate tu, patient perlu ambil injection lucrin utk stop kan period selama 6 bln...
Sumpah wei... aku takut sgt...aku dah fikir yg bukan2.. nnti bila doktor operate je, doktor akan nampak plak benda2 lain.. contohnya, tiup tersembat ke.... adoi... mcm mana ni.... takut laaaa....
So, next appoitment akum pada 6 Mei ni utk doktor bagi tarikh operation tu....aku rasa mmg ini lah takdir aku... mmg dah tak ada cara lain... nk mengandung pun dah x boleh lekat. so..... keputusannya... operate lah!!! huuuuuwaaaaaaaaaaaa!!!!! sedihnyaaaaaaaaa!!! Ok lah... nak pegi nangis kejap. hahaha!!