everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, July 27, 2013

BB Cream

Hai u ollss..

Penah dengar tak BB cream?? Mestilah pernah kan.... Sebelum ni aku rasa tak berminat dengan BB cream ni. tapi entah kenapa tetiba nak cuba pulak pakai BB cream. BB ialah singkatan dari Beblesh Balm. BB cream ni, kiranya all in one lah. merangkumi semua. 'semua' tu aku tak sure apa. kih kih kih.. info dari google lah...

Ok, mmg banyak dan pelbagai jenama BB cream yg dijual di pasaran ni. tapi yg aku tahu, BB cream ni berasal dari Korea. Ada sejarah pasal BB cream ni. u olss boleh google k.  aku penah  guna BB cream ni, iaitu jenama Safi Rania.


Ehsan dari Google

Aku try BB cream ni pun, bukan sebab aku beli. Aku pakai ofis mate punya. masa tu lepas solat zohor. aku tgk dia tepek-tepek BB cream ni kat muka dia. aku tanya lah dia.. best ke pakai BB cream ni?? pas2 dia jwp, mmg sgt best!! fuh! aku pun rasa mcm nak try jugak lah.. tetiba dia offer aku suruh pakai dia punya.. lepas aku tepek-tepek kat muka dan terus pakai bedak compact ZA aku tu.. bila tgk je cermin. hurmmm.... mcm biasa je kot.... cuma rasa kulit tu lebih ringan, mulus gitu. rasa juga lah 'best' bila pakai BB cream ni.

So malam ni, aku Google pasal BB cream ni. Byk jugak jenama yg menarik hati aku. Lepas tu stalker kat blog orang semua kata BB cream ni best. So, sekarang ni, aku masih survey brand apa yg paling best.

Klu dari Korea, ada banyak... seperti brand Wonder Cream..

Ehsan dr Google

lagi....

Ehsan dr Google


Dan lagi.....

Ehsan dr Google


Ketiga-tiga di atas ni, nampak mcm brand yg hot je.... cuma aku rasa harga dia agak mahal klu compare dgn brand mcm Silky Girl, Safi Rania, Garnier, Maybeline dan sebagainya lah..

Ok tak apa... nantti akan ku cuba fikir-fikir kan brand apa yg paling best utk dibeli. akan ku post entry utk testimoni menggunakan BB cream ni k!!

Ish.. nama pun perempuan, mesti lah nak sentiasa nampak cantik gitu.. cantik utk en suami jugak.... hehehehe. ;p

Thursday, July 25, 2013

Tema Hari Raya 2013

Assalammualaikum u ollsss!!

Soalan yg sama. mcm mana puasa???!!! hehe. hope ok yer u oollss!! Ok entry kali ni nak story psl tema hari raya.

Mostly, bila cakap pasal hari raya je, mesti orang akan tanya "baju raya tema colour apa??" kih kih kih..
Mesti lah ada tema!! cewah. mesti ke??!! bagi aku, bila dah ada suami dan anak ni, mesti nak sedondon kan.. baru mcm meriah je raya tu nanti... hehehe..

So... tahun ni, keputusan aku dan suami ialah nak pakai baju raya colour GREY! hehehe. Actually aku yg nak colour grey tu... memandangkan tiada objection dari en suami, so.... On je lah kan..

Yg paling best raya tahun ni dapat lah aku hantar kain tu pada tailor... kos beli kain je dah RM200. Tu pun nasib baik beli masa sale. klu tak... lagi kopak mak nok!! ye lah.. konon nak baju raya yg ada lace bagai..

Yaya?? Yaya mesti lah kena meriah jgk... Yaya ibu dah tempah baju fashion Peplum ok... Tempah kat office mate.. boleh like page dia di FB, "Lovely Sofea". Dia pandai buat dress utk kanak2..

So!! Mudah2an raya tahun ni lebih meriah lagi!! Insyaallah....

Tuesday, July 23, 2013

Lagu Raya Dah Berkumandang Di Corong Radio!!

Assalammualaikum...

Haiiiii uuu oollsss..... Hari ini Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke-14. Kejap je kan???? Sooo.... mcm mana dgn puasa u oollss semua?? Hope ok lah yer....

Pagi td di ofis tetiba dengar lagu raya berkumandang di corong radio!! hati pun rasa teruja.. hehehe.. yelah... kita pun dah masuk 2 minggu berpuasa. Insyaallah lagi 2 minggu kita nak meraikan hari raya. so, sebab itu lah lagu raya dah boleh dimainkan kan....!!

Klu cerita psl lagu raya, u oollss mesti ada lagu raya favourite kan???  mcm aku lah.... byk sgt lagu raya yg menusuk di jiwa bila dengar kan.... mmg akan terkenang zaman kecik2 dulu. mmg sgt excited bila nak sambut hari raya! sekarang pun excited jgk... lagi2 bila dah berkeluarga ni.. hehehhe..

Antara lagi favourite aku ialah.........



'Indahnya beraya di desa' By Azlina Aziz.  Lagu ni mmg sesuai utk org yg ada kampung halaman.. so berdasarkan liriknya, suruh org yg tinggal di bandar pulang ke kampung.. hehehe. walau pun aku ni org KL tp aku tetap suka lagu ni! Lagipun aku dah ada kampung jgk... kampung en suami. hehehhe..


Lagu no.2 yg aku suka ialah......



"Satu Hari Di hari Raya' By M Nasir. Lagu ni klu dengar mmg riang je rasa hati ni. mmg tambah excited nak sambut raya! kih kih kih.

Lagu no.3 ialah.....



"Sesuci Lebaran" By Siti Nurhaliza. Lagu ni mmg rancak dan sgt best!! penyayinya pun mmg suara sedap kan. Ingat dulu ms kecik2, lepas sahur je, mesti buka radio dan pasang lagu ni berkali2. klu tak dengar lagu ni, mmg tak sah.


Actually, byk lagi lagu raya yg best2 yg menjadi kesukaan aku... Sekarang ni, sampai je ofis mesti suruh jiran sebelah buka lagu raya. hehehehe..


Sunday, July 21, 2013

Cuci mata di Al-Humaira Contemporary

Assalammualaikum u ollsss!!

Di sini aku nak share story tentang tudung yang dijual di butik Al-Humaira Contemporary yg terletak di Kota Damansara.

Hari jumaat lepas, aku dan 3 orang lagi kwn ofis pergi ke butik tersebut utk membeli tudung raya. Actually, aku hanya menemankan kwn aku tu je... sebabnya, aku dah beli pun tudung raya.. Since dapat rehat selama 2 jam, kami pun bergegaslah ke butik itu....

Terima kasih kepada Google Map, sebab membantu kami mencari butik itu! hehehe.. Bila dah sampai, tu tgk tak ramai customer. Alhamdulillah. so tak ada lah rasa sesak sgt kan. Aku sgt tertarik dgn satu tudung ni namanya "tudung Cayla". . Bila tgk salah seorang pekerja butik tu pakai, mmg nampak sgt cantik. Boleh tgk tutorial mcm mana nak pakai tudung tu...






cantik kan?? kombinasi jenis kain tu ialah cotton dan shifon. Klu nak pakai tudung ni, kena pakai dgn inner neck sekali ok...



lepas tu, aku sgt tertarik dgn satu lagi koleksi tudung ni, iaitu "tudung Roxane". Yg ni mmg koleksi yg terbaru. dan yg paling tak best nya, byk colour yg dah out of stock.


Cantik kan?? kan??! Ni baru tgk dlm gambar.. mmg jenis kain ni ada bling bling skit. tapi tak ketara sgt...

Koleksi yg ketiga aku sgt suka ialah Shawl Yara. Nampak mcm biasa, tapi bila aku try, fuhhhh... mmg sgt puas hati. kualiti kainya mmg lah sgt memuaskan.


Cantik kan?? Kan???!! eeee... rasa mcm menyesal sungguh tak sambar satu or dua time tu.. bkn ape, aku risau aku tak pakai je. senan dh byk sgt tudung shawl kat umah ni tak terpakai. haissh.. kan dah membazir tu...

Yg best tu, pekerja kat situ siap ajar lagi cara nak pakai shawl dan tudung roxane tu.. best!!

Rasanya, mmg nak kena pergi lagi sekali utk beli jgk ni tau.... cuma tak tau bile... nanti bila pergi je, mesti dh out of stock pulak....

Apa2 pun, uu oollss boleh layari web site Al-Humaira di http://www.alhumairacontemporary.com. dan juga boleh beli secara online ok uu oollsss!!!

Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah hari ke-3 Ramadhan..

Assalammualaikum...

Hai u oollss... mcm mana puasa u ollss setakat ni?? hari ni dah masuk hari ke-3 kan kita berpuasa... Syukur Alhamdulillah,aku masih berpuasa setakat hari ni...

Setakat ni jugak masih bertahan kerana boleh masak lauk utk sahur. Penat tu, mmg lah penat... tapi klu boleh lg masak, baik masak je kan.. klu beli kat bazar tu, harga yg dijual mmg boleh tahan mahalnyakan. Tp....... hari ni baru masuk hari ke-3.. kot2 lah dah tgh bulan Ramadhan nnti, dtg mood malas aku nak masak pulak ke.... kih kih kih.. Jawapannya, beli je lah..... ;p

Bgn seawal jam 4.30am nak panaskan lauk utk sahur.. 6.30am, dah siap2 utk ke pejabat. Aku amik flexi B iaitu masuk jam 8.15am dan pulang jam 5.15pm. ala.. mcm biasa seperti bulan2 yg lain.. hehhe. sebabnya, aku naik motor dgn en suami.. so, Insyaallah lah tidak tersangkut di dalam kekesakan lalu lintas.. hehe.

Ok... di sini, aku juga nak share antara amalan-amalan yg bagus dibuat pada bulan Ramadhan ini...


  • Banyakkan membaca Al-Quran.
  • Qiamullail
  • Solat Tarawikh
  • Zakat Fitrah
  • Bersedekah
  • Banyakkan bersabar
Dan minta jauh dari amalan-amalan yg tidak baik juga. seperti, mengumpat, tidur yg keterlaluan, marah-marah dan lain-lain perkara yg buruk lah kan...

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allag S.W.T di bulan ramadhan ini.. Insyaallah..

Sunday, July 7, 2013

Marhaban Ya Ramadhan..

Assalammualaikum....




Lagi beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan yg mulia iaitu bulan Ramadhan.. seperti mana yg kita tahu, bulan ramadhan adalah bulan yg menahan kita dari lapar dan dahaga. Dan bulan yg sepatutnya kita kumpul banyak pahala.

Insyaallah Ramadhan kali ini adalah tahun yg 4 berpuasa bersama En.suami.. dan juga tahun yang ke 3 berpuasa bersama Nur Qistina Miasara.. hehehehe..

Aku hanya mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat membuat ibadah yg secukupnya. Insyaallah...

So, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak u oollsss!! :))

*tapi yg tak best, kena attend kelas time bulan puasa... mesti blk lambat..  huhuhu..