everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, April 28, 2013

Yaya dan Tonsil nya....

Huhhh....

Selepas seminggu pulang dari bercuti dan selepas seminggu aku demam, kini berjangkit kat anak aku pula... Yaya diserang demam panas dan tonsillitis. Aduhai... apalah nasib anak aku... kesian sgt. Aku penah rasa mcm mana sakitnya tekak bila tonsil membengkak. makan, minum dan bercakap pun tak boleh.. nak tau mcm mana tonsil tu?? tgk gambar ni...



Ya Allah... sedih sgt aku tgk Yaya. yg paling kesian, bila tonsil tu membengkak, penafsan yaya tak begitu baik. yaya start berdengkur. Ni first time aku tgk yaya tido berdengkur. Dan yaya tak boleh tido dgn nyenyak pun! aku tak tau tahap mana tonsil yaya tu bengkak sampai boleh jadi mcm ni..

Suhu badan, panas on off. tapi memang kalau panas tu, terus naik mendadak. smapi terpaksa masuk ubat dari punggung. 3 kali ulang drai klinik. dan doktor menaihatkan supaya, beri antibiotic sehingga habis. in medication, bila demam dan tonsil, hanya antibiotic saja yg dapat membantu utk kecutkan tonsil tersebut.

Aku pernah baca dalam internet, bahawa virgin coconut oil boleh merawat tonsil. bila rasa nak demam dan sakit tekak, terus je minum satu sudu VCO tu.. Insyaallah baik sebelum jadi lebih teruk. So now, yaya alhamdulillah dah sihat. Dan setiap pagi dan malam, aku amalkan satu sudu kecil VCO dan beri pada yaya.. usaha dan tawakal tu penting.. Setiap penyakit ada ubatnya.

antara khasiat minyak kelapa dara ni ialah :

  • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
  • Di dalam usus kecil dan besar, ia akan memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengannya, penghadaman mencapai tahap maksimum.
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. 
  •  Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap lagi.
  • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. 
  • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengannya, bertambah kuat sistem kekebalan tubuh.
  • Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
  •  Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung. 
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit. 
jadi, eloklah kita amalkan virgin coconut oil ni utk kesihatan.... Insyaallah....

Wednesday, April 17, 2013

Star Cruise Libra

Hai semua!!!

Entry kali ni, aku nak share pengalaman aku bercuti di atas kapal, iaitu Star Cruise Libra yang terletak di Pulau Pinang.

Memang tempat yang aku idamkan untuk bercuti, telah termakbul. Alhamdulillah. Percutian kali ini, agak seronok kerana adanya kawan baik aku, Abby bersama suaminya dan anaknya , Danish. Tidak lupa juga, nadiah dan suami pun turut serta utk percutian kali ini. mereka ni, pasangan baru saja berkahwin. elok lah honeymoon sekali kan! Kami booking kapal ni, lebih kurang hujung bulan februari. Dan total price utk 6 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM1800. Murah kan??? Untuk aku dan husband dan juga yaya, ialah RM590. Ok lah... Untuk 2 hari 1 malam..

Pada malam 12 April tu, aku dah rasa badan tak sedap. nak demam. menggigil2 dan kepala mula rasa sakit. Aduh! nak demam aku rupanya! apa lagi, cepat2, aku telan panadol. Esok pagi bgn, kepala rasa berat lagi. Tapi gagah juga kemas barang2 semua..

Jam 10 pagi, aku bertolak dan berjanji dgn kwn2 berjumpa di perhentian restoran jejantas di sg Buloh. Janji aku pada mereka jam, 9 pagi. tapi aku sampai jam 10 stgh pagi. huhuhu.. harap maaf lah kwn2.. den domam.. jadi, rasa pergerakkan agak slow lah... huhuhu..

Lepas je breakfast, terus kami bertolak ke Penang. Dalam jam 11 pagi. Lebih kurang jam 3 ptg, kami sampai ke Penang. Badan aku memang rasa sgt tak sedap, dan suhu makin panas. So, en hubby bawa ke klinik utk ambil ubat.. Doktor kata, badan aku panas sgt... kena rest.. hurmmm... sgt lah spoil, bila time nak bercuti mcm ni, mula demam... tapi aku kuatkan semangat juga. huhuuhu..

Kami pergi ke Pulau Pinang menaiki ferry yang terletak di Butterworth. Malas nak ikut jambatan pulau pinang tu.. saja nak bagi kwn2 merasa naik kereta atas ferry. hehehhe..

Nah! tgk gambar2 kami!!








Semua di atas ni gambar kami, atas ferry.. ferry ni lah bawa kami dan kereta kami ke seberang Pulau tu...

Kami tiba di Georgtown, lebih kurang jam 4 petang. Dan sesampainya kami di sana, kami terus mencari makanan utk mengisi perut yang lapar. baru lah nak lunch tau.... Kami lepak di Padang Kota Lama dan makan mee sotong terbaik di situ.

Jam 5.30 petang, kami check in di kapal Star Cruise. Jauh jgk nak berjalan dari parking ke kapal tu.. berpeluh mak nok! Semasa pendaftaran, kami diberi satu kad dan tercatat nama kami. Kad tersebut adalah digunakan utk membeli apa-apa saja di dalam kapal tersebut nanti. No cash ok! kad tu mcm credit card lah... Bila nak check out nanti, baru lah bayar... lupa pula nak capture gambar kad tu....

Selepas kami check in di bilik masing2, kami pun berehat beberapa minit. Jam 7 setgh ptg, kami keluar dan pusing2 di kawasan kapal tu..

Ni gambarnya...








Waktu dinner adalah dari jam 7 ptg - 9.30 mlm. Dinner adalah include dalam pakej ok... So makan pun buffet, apa lagi.. belasah lah kami.. hehehehe.. seronok suasana malam di atas kapal tu. angin yg sejuk.. ada pool lagi.. kapal ni pun mula bergerak. tak ke mana pun... ke tengah laut je... kata, 2 hari 1 malam. tak kan nak ke krabi pula kan??

Nah! gambar lagi! hehehe







Seronok bukan??? hehehhee... bercuti di kapal ni, ibarat kita bercuti di dalam hotel lah.. tapi lagi bes dari hotel ok.. macam2 ada dalam ni.. klu korg pernah tgk cerita Pisau Cukur yg di bintangi oleh Fazura, macam tu lah kami... hehehhee..

lepas je dinner, kami teruskan melawat kawasan di kapal tu lagi. Actually, ada jadual yang diberi kepada penumpang. Dan penumpang boleh memilih aktiviti mana yang dikehendaki. Ada certain tempat atau show, dikenakan cas. So,malam tu, kami menonton show dari mat and minah saleh. tapi, rasa tak sesuai sgt utk bdk bawah umur tgk show ni.. nasib baik yaya tak berapa nampak show tu.. hehehe



Selepas habis show tu, kami pun pulang ke cabin masing2.. hurmm.. aku ni dah la demam. mmg tak larat nak bersengkang mata lagi dah.. So, pulang ke bilik, telan ubat dan tidur!! Yaya pun dah kepenatan.. dengan bilik yg sejuk.. tidur nyenyak lah kami semua.

Esok jam 6 stgh pagi kami bgn dan lebih kurang 7 stgh pagi, kami naik utk breakfast dan menghirup udara pagi yg nyaman.. breakfast bermula jam 7 pagi - 11 pagi. So, sambil breakfast, sambil hirup udara. Kapal bergerak pulang dari tengah ke penang, pada jam 8 pagi. kerana check out time jam 10 pagi-12 tghari.








Haaaaiiihhh.... dah penat dah menaip. So, ini sajalah coretan dari aku... percutian yg agak pendek, tapi agak menyeronokkan.. kalau ada rezeki, boleh ke Krabi dan Phuket naik kapal ni... Insyaallah.... So, kepada korg yg rasa nk pergi naik kapal ni, elok lah pergi. Just nak merasa je kan... hehheheehe.

Saturday, April 13, 2013

Cara Mengesan Jin Dalam Badan


Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.


Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? 

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  • Sukar tidur malam.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Sakit dada bila waktu asar keatas.
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Bermimpi di tempat yang kotor.
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  • Bayi kerap menangis.
  • Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadat.
  • Nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Panas baran.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  • Suka melakukan tabiat buruk.
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk bila dengar al-quran.
  • Bermimpi seram yang menakutkan.
  • Darah haid turun lebih 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat kelibat dirumah.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  • Melihat jin secara terus.
  • Sakit mental atau gila.


LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Sharing is caring...

Tuesday, April 9, 2013

Jenis Makanan Yang Membuatkan Kita Jadi Pelupa


Tahukah anda sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada dengan jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

  •  Banyak makan epal yang sudah masam.
  •  Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
  •  Banyak makan bawang besar.
  •  Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  •  Memakan kepala ikan.
  • Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  • Makan sehingga terlalu kenyang.
  • Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  • Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  • Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  • Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Nak makan sekali-sekala tak apa... Tapi jangan selalu lah.....


Sunday, April 7, 2013

Elakkan dan Amalkan lah......

Assalammualaikum.....

Sharing is caring... Baca dan elakkan dan amalkan lah yer.....


  • Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis      krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
  •  Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  •  Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
  •  Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  •  Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  •  Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  •  Elakkan mandi selepas makan.

  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  • Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Friday, April 5, 2013

Shaklee

Weeehhuuuu!!!


Apa shaklee tu??? Shaklee tu ialah vitamin atau supplement untuk badan kita... Lagi beberapa hari aku akan menjadi member product Shaklee ni. hehehhee.. Thanks to miza, kerana jelaskan bagaimana nak menjadi ahli shaklee ni.

Kalau aku tau, dah lama aku jadi member shaklee ni tau... Kenapa lah orang kaunter shaklee tu bagi wrong information kat aku.

Kalau korang nak tahu apa istimewanya shaklee ni, boleh lah google yer....  pak cik google ada byk information. mcm aku memang amalkan supplement ni setahun yang lalu... Untuk banyakkan susu badan. Alhamdulillah sampai sekarang, Qistina masaih lagi BF. Dan dalam waktu yang sama boleh mencantikkan kulit muka aku ni...

Shaklee
Ok gambar kat atas tu menunjukkan, bahawa aku sedang mengamalkan 5 jenis vitamin dari shaklee. Nanti aku post entry lain pulak yer, utk cerita apa kebaikkan shaklee yang jenis2 di atas ni... hehehhehee..

Wednesday, April 3, 2013

Penamaan KWSP

Assalammualaikum.....




Ok... entry kali ni, aku nak share tentang penamaan atau waris. Sudahkah anda mengemaskini nama penama di akaun KWSP anda?? Kalau belum, cepat-cepatlah pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk anda mengemaskini penamaan tersebut.

Kenapa mesti update penama?? Ia akan memudahkan kepada waris kita untuk menuntut wang KWSP sekiranya kita telah meninggal dunia. Bukan lah bermaksud susah atau lansung tidak boleh mengeluarkan wang sekiranya ahli tersebut telah meninggal dunia...  Tapi sekiranya ada dokumen yang tidak boleh dikemukakan oleh waris yang memohon, ia akan mengambil masa yang lama dan memerlukan waris ke sana sini utk dapat dokumen yang tidak lengkap itu.

Kalau ada penamaan, penama hanya perlu isi borang, salinan ic dan salinan akaun bank sahaja. Kalau tiada penamaan, selalunya kita perlu bukti pertalian. Contoh, sijil kahwin, sijil kelahiran.. tetapi katakan lah sijil nikah kita hilang, perlu pergi ke pejabat agama utk dapat semula dokumen tersebut. Soalannya, adakah pejabat agama akan mengambil masa yang singkat utk menyemak rekod nikah yang dah bertahun2 lama tu kan??? Mesti akan mengambil masa juga utk pejabat agama menyemak rekod. Di situ kita dah membuang masa. betul??

Contoh lagi, kalau tiada penamaan dan ahli bujang, ibu bapa pula meninggal, adik beradik datang memohon, pihak KWSP bukannya terus buat bayaran kepada pemohon iaitu adik beradik tersebut. Kalau kata amaun si mati banyak, sudah tentu perlukan surat kuasa dari mahkamah atau amanah raya. Kalau orang islam, kena lah dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah..... Dan ianya bukan sehari boleh dapat surat kuasa tersebut. Akan mengambil masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan..... Jadi sangat lah penting utk kita update penamaan tersebut. Bukan di KWSP sahaja. Tapi mana2 agensi lain lah... seperti Tabung Haji ke.... ASB ke....

Apa yang penting lagi, kalau nak buat penamaan tu, mestilah kita namakan orang yang sepatutnya... jangan lah namakan kawan-kawan pula... Kesian kat waris kita yang lain.... Kalau korang ada hutang banyak, dah tentu waris korang nak guna duit KWSP korang tu utk membayar hutang2 tu..... Macam orang islam, apabila penama tersebut dah dapat duit KWSP si mati, beliau perlu faraid kan duit2 itu. Ramai orang islam yang tidak tahu akan perkara ini. Duit KWSP ialah harta pusaka ahli. Jadi bagi waris atau penama si mati tersebut, perlu mengikut perintah Allah dgn faraidkan wang itu. Bahagian nak faraid tu, perlu rujuk kepada mahkamah syariah yer.... saya tidak arif. dalam perkara tersebut.

Bagi yang beragama islam, penama atau waris dipanggil wasi iaitu orang yang di amanahkan untuk menguruskan wang tersebut. Faraid kan lah.....

Jadi, harap entry ini berguna dan dapat menyedarkan anda semua, betapa pentingnya penamaan ni..... Ok.... Kalau tak faham, boleh lah tinggalkan comment kat bawah nu..... hehhehehee..

Contoh borang penamaan KWSP
Kalau nak borang ni, boleh lah pergi ke pejabat KWSP atau download di website KWSP. www.kwsp.epf.gov. Ok!!!