Huh.... Hari ni last day cuti pjg raya cina.. Apa agaknya aktiviti korg erk... Mesti pergi holiday sana sini kan... Mcm aku pula, pergi ke Kelantan utk menghadiri majlis perkahwinan anak buah aku. Kebetulan, wife dia org Kelantan. So, beberapa buah family aku, pergi lah ke sana... Dah alang2 ke kelantan, kami pun ambil peluang lah utk shopping! Hehehe.. Bak kata pepatah. Sambil menyelam minum air... Huhuhu.. Weh... Dan 11 tahun aku tak g kelantan tau... Ni lah masa yg sesuai sekali!! hehehehe..
Aku bertolak dari KL pada hri jumaat. Apply cuti dari hari khamis lg. Hari khamis perlu cuti sebab nak uruskan kereta dahulu. Keadaan kereta, mesti diambil kira. Sebab nak bejalan jauh... Hari jumaat tu, aku bertolak lebih kurang jam 11 pg. Hujan turun dgn lebat sekali.. Risau jgk hati ni... Tp berdoa sebelum memulakan perjalanan tu penting... Lps tu kita tawakal pd Allah...
Perjalanan mengambil masa 8 jam stgh baru lah sampai di Rantau Panjang. Mmg sgt penat sebenarnya.. Sampai je homestay, terus siap2, utk ke majlis pernikahan anak buah aku. Nak tahu majlis nikah tu start pukul berapa?? Pukul 10 stgh malam. Haaa!! X pelik ko?? Klu kat KL, dah tentu pak imam marah. Bkn pak iman je, ahli keluarga pengantin, sure bising jgk kan.. Huhuhu.. Kami makan dinner mlm tu, pul 11 stgh mlm.. Adoi... Perot lapar.. Mata mengantuk... Bdn penat... Haiaaaiisshhh... Sabar aje lah.....
Esok pagi lps breakfast, pergi Pasar Besar Rantau Panjang pula... Jln2 survey je dulu.. Sebabnya, jam 12 tghari dh kena siap2 utk majlis persandingan pula... Tp bila dah survey tu, mcm2 pula rasa nak membeli.. Huhuhu.. Target aku, hanya nak beli tudung 3 layer saja... Tapi apa yang aku borong pagi tu ialah Asam Botol. hahaha! tgk gambar kat bawah tu. punya lah byk kan??!! Actually, tu stock utk org order....
Pasar Besar Rantau Panjang, Kelantan |
Asam Botol |
Ready utk ke majlis kenduri |
Sepetang di Pekan Rantau Panjang |
Malam tu, aku bermalam di rumah ibu mertua kakak aku di Machang. 2 malam lah aku dan hubby tidur di rumah mertua kakak ku... Ingat nak sewa hotel je, tp dah ibu mertua kakak aku ajak tidur saja di rumahnya.. X kan nak menolak pula kan....
Halamn rumah abg ipar ku di Machang Kelantan |
Pada hari ahad ptg tu, kami pergi ke pasar lama yg terletak di Kota Bharu. Nampak nya, byk kedai yg tutup sempena CNY.. Dalam pasar lama tu, ada byk kain yg di jual. Mostly, kain corak batik kelantan. Mmg cantik2. Dan harganya mmg ratusan ringgit. Aku tak beli pun... Target aku hanya nak membeli tudung 3 layer. Di Kelantan tudung tu dijual dgn harga rm50. Berbanding di KL, harga yg dijual lebih kurang rm90. Klu brand Fareeda, lagi lah mahal... Aku x mampu nk beli Fareeda. Hehehe.. So, aku beli 3 helai tudung 3 layer... Ok lah.. Puas hati. Jahitan pun kemas..
Area Pasar Siti Khatijah Kelantan |
Dan pada malam selepas pulang dari Pasar Siti Khatijah tu, kami pun bergerak ke Wakaf Che Yeh. Perghhhh.... Jalan jammed gila kot..... Dah mcm nak pergi Uptown kat KL tu je... Dan bila tgk parking je, kereta byk sgt2! Ini mmg suasana klu bercuti di Kelantan waktu cuti panjang. Kereta yg parking tu dah mcm nak pergi ke Konsert Ustaz Azhar Idrus tau... huhuhuhu.. Cuba mencari jawapan, apa yg best sgt kat Wakaf Che Yeh ni.. Bila dah masuk tu, mmg byk lah baju2, tudung2 yg murah2.. kat situ je dah habis 500++ duit tau... borong jubah yg sgt murah dan cantik ok... Mmg sgt rambang mata bila tgk baju2 yg dijual disitu.
Wakaf Che Yeh, Kelantan |
Balik dari Wakaf Che Yeh tu lebih kurang jam 11 setengah malam. Badan mmg dah berpeluh2. Kaki pun dah penat gila. Qistina pun dah meragam nak tidur.. So blk dgn bdn yg penat..
Masjid Beijing |
Ini ialah gambar Masjid Beijing. Reka bentuknya yg sgt unik.. Hanya di Kelantan. :)
Pada semua, yg belum pernah ke Kelantan, harus pergi!! kerana tempatnya sgt AWESOME! klu gila shopping baju dan tudung, boleh lah borong di sana. Kelantan pun mmg dah nampak bertambah maju. Bersih... Mmg seronok lah!! Kalau diberi rezeki lg, mmg aku nak pergi ke sana lg.. Insyaallah...
Published with Blogger-droid v2.0.8