everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, November 25, 2012

Annual Dinner 2012 Movie Ganza

Finally! selesai juga dinner untuk tahun ni. punya lah pening nak cari costume utk malam tu.... mmg costume aku tu cari last minute. Malam ni nak dinner, tengahari baru pergi cari. tapi..... memang sgt penat!

Mulanya aku mmg dah beli dress utk dinner tu. tapi mmg tak ikut tema lah.. just dress biasa jer.. tapi malangnya, dress yg aku beli dari online tu, tak sempat nak sampai sebelum hari jumaat. so, penjual return balik duit kat aku dan aku terpaksa mencari costume semula! pening lah kepala.

tengahari tu, aku dan en. hubby perg ke Wisma Cental yg terletak di Jln Ampang bersebelahan KLCC/ aku merempit dgn en. hubby. hehehehe. dah lah dngn panas nya.. sampai di kedai tu, aku pun tgk album dan terus mencuba 3 pasang baju dan akhirnya aku memilih utk menyewa baju Princess Josephine. dari filem apa, aku tak tahu. hahahaha! en. hubby pula, memilih costume Edwrad Scissorhands. apa2 je lah...

Dinner tersebut diadakan di SACC Shah Alam. lebih kurang jam 8 setengah aku dan hubby sampai. tak sempat nak carpet merah. hehehehe.. sampai2 je tgk kat stage ada persembahan laser man.


laser man
stage

tak sampai beberapa minit duduk kat meja , MC announce ada game kat stage. dan memerlukan 5 org staff lelaki. dan dgn selambanya, en.hubby pergi naik ke pentas. tau tak game apa tu?? minum air coca cola dalam botol susu. hahaha! laki aku kalah dpt nmbor 2.. tp semua org dpt hadiah. dapat RM50. ok lah tu....

Edward menang 50 ringgit. hehe
Dan bila dinner mesti ada persembahan artis kan... artis malam tu ialah, Asmidar dari Vocal bkn sekadar rupa, Jamal Abdillah, dan Helmi. Helmi ni paling best! dia bkn penyanyi rasanya. dia pelawak. mmg habis2san dia buat lawak dan buli Tan SRi. Tapi dinner kali ni tak boring sebab dia lah... pecah perut aku gelak dgn lawak dia tu.

aku dan en. hubby
merah dan hitam

Princess Josephine versi muslimah


geng satu meja . meja no. 31
Edward tgh makan




time makan






posing lepas habis dinner


Alhamdulillah,  aku dpt lucky draw. bertuah nombor tu...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, November 21, 2012

Kursus Yearly Summit 2012




gambar apa tu?? hehehe.. tu adalah gambar stage di Institut KWSP yg terletak di Bangi. Actually, pada jumaat dan sabtu yg lepas, aku diwajibkan untuk mengikuti kursus utk Jabatan aku je. nama kurusu itu ialah Kursus Yearly Summit 2012.. mmg setiap tahun kursus mcm ni akan diadakan. apalah nasib aku, baru je lapor diri kat situ, dah kena attend pulak.... hehehe.. tapi tak apa... kursus ni mmg enjoy je... x ada stress2 pun..

pada hari jumaat after office hour, staff semua terus ke Bangi utk pendaftaran dan check in hostel. kebetulan aku cuti hari tu, so dari rumah je aku ke sana. jalan pun tak jammed.. cuti sekolah kan...

aku sampai lebih kurang jam 6 ptg di Bangi. lepas je ambil kunci bilik, terus je naik. tapi aku turun blk, sebab takut sorang2. hahaha.. mmg penakut aku ni. sebabnya kwn sebilik aku tu, tak dapat join kursus ni, sebab ada hal peribadi. so, aku pun tunggu kwn aku yg lain utk aku lepak di biliknya. tak mau lah aku klu sorg2 dlm bilik. hehehe..

malam tu ada dinner, bertemakan hijau putih. aku terlibat dengan persembahan lakonan yg bertajuk ombak rindu. adoi.. kelam kabut jadinya. ombak rindu dah jadi ombak besar. hahaha. so, team oren, tak menang lah utk persembahan tu.... x ape... x ada rezeki.. cuba lagi tahun depan. ;p


kak su and I.


keesokanan harinya, lepas solat subuh, ada erobik tapi aku tak join pun, sb mlm lepas dinner tu, aku pulang
ke rumah. ye lah... aku kan masih menyusu kan Qistina. so, kenalah pulang kan....

pagi sabtu tu, aku sampai di Bangi dalam jam 7 setengah pagi. jam 8.30am, ada ceramah dari Dr. Haji Tengku Asmadi. Ceramah yang kena mengena dengan kerja ni lah.... tapi mmg best lah ceramah dari beliau! tak mengantuk lansung. pengisian ceamah beliau, amat mendalam. Alhamdulillah, dapat juga ilmu mcm2 dari beliau...



bersemangat sungguh!!

geng oren

kak tijah dan kak su

time break
meriah tul colour oren ni

lebih kurang jam 1 tengahari, cermah pun habis.... kami semua ke dewan makan untuk lunch. dan lebih kurang jam 2 setengah kami semua berkumpul di depan dewan besar untuk acara sukaneka. ada 4 game iaitu, King Kong pulang petang, makan berdamai dan lagi dua, aku dah lupa. hehehehe.. dan aku masuk game apa??? tak da game apa2 pun. hihihi. jadi penyokong je lah.... 

ni game king kong

game makan berdamai

ambik ko! nak kena suap 7 org tau....

kami penyokong jew....
apa-apa pun, kursus ni sgt seronok!! keje stress2, so bila ada kursrus mcm ni, mmg dapat mengeratkan di antara staff dan bos2... hehehee//

Friday, November 16, 2012

Aquaria KLCC



Assalammualaikum....
Agak2, korang pernah tak pergi Aquaria yg terletak di KLCC?  Terutamanya yg duduk di KL ni.?? Ala.... Aquaria tu tempat yg ada byk ikan laaa....Hehehehe... So! Entry kali ni, aku nak share dgn kwn2 semua pengalaman aku ke sana. Actually, ni second time aku g Aquaria tu.....

laluan ke Aquaria


Memang dah rancang nak ke Aquaria since my family in law nak dtg KL ni kan... So nak bawak lah dorang jalan2.. Mula2 tu, plan nak ke Desa Waterpark. Tp, aku ni mmg tak suka basah2. Payah lah.... Huhuhu. So, pilihan ke Aquaria tu, mmg pilihan yg sesuai. Dekat dan relax. Hehehe..

tempat utk beratur
Tiket utk org dewasa berharga RM35. Untu kanak-kanak pula, RM30. Masa hari yg aku pergi tu, mmg ramai la sgt org.. Beratur pun panjang je.. Almaklumlah, cuti sekolah tambah pula public holiday. Jadi, ibu bapa ambil kesempatan lah membawa anak2 mereka ke situ... First entry, di sebelah kiri, dah nampak aquarium yg di dlmnya ada ikan Piranha. Tak ada lah besar sgt ikan tu.. Tp bila time pihak aquaria bg makan, mmg seram je tgk. Sekejap je makanan tu boleh habis. Ala.. Sama mcm dlm filem tu lah....

Piranha
Emm, kat dlm2 aquaria tu, mmg boleh tgk mcm2 ikan yg tak pernah kita tgk. Pelik2, rupa ikan2 tu.... Ada satu tempat ni, mcm terowong dan kita boleh lihat, tepi dan di atas ikan2 tu berenang2. Seolah2, mcm kita di dalam laut lah... Mmg real. Nampak biru je.... Shark pun ada. Tgk gigi dia, mmg tajam. Ada lah gambar yg aku snap...

Electric Eel
So, kalau korang nak rasa keseronokan di Aquaria tu, pergi lah yer.... Sekali seumur hidup pergi kan... Lagi pun bangga la sikit kat Malaysia ni boleh ada tempat mcm Aquaria tu. Ingat kat negara luar je ada??!

Ok.. Now masa utk korg layan gambar2 kamo sewaktu di sana.











Iguana

weird fish
Byk ikan kat belakang tu....

Shark

shark lagi
Qistina nangis takut....
tunnel
I dare you!!
sgt cantik!!
Yu Bodo
hehehhee

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, November 14, 2012

membebel...

Assalammualaikum....

huh! senyap sunyi je blog aku ni... lama juga aku dah tak upadate entry kan.... al maklumlah... sejak pindah office baru ni. busy lah sikit.

kerja baru aku ialah proses utk permohonan kematian. iaitu, permohonan utk waris ahli yg telah meninggal dunia. mmg byk yg perlu di pelajari. syukur jgk sebab aku ni jenis fast learner... tp byk lagi yg kena tahu. sebab permohonan byk senario... lain kes, lain ceritanya...

work station aku....

sekarang ni pulak sibuk dgn kursus yg akan diadakan pd jumaat dan sabtu ni.... di Institut KWSP Bangi. dan yg pening kepalanya, aku terlibat dgn persembahan lakonan utk malam dinner tu... adoi. harap2, lakonan menjadi... hehehe... dan tema utk mlm dinner kursus tu, ialah hijau putih. so, aku dah beli dah baju hijau putih tu. td ke Carefour Wangsa Maju utk cari tudung. yg geramnya, tudung yg nak match kan dgn baju tu, langsung tak jumpa! pelik x? bila ckp colour hijau, mcm senang dan banyak je pilihan. tp tidak aku! warna hijau baju aku tu, mmg tak ada lansung utk match kan. kat pasar malam dah cari.. dan satu carefour aku tawaf. tp tak ada! sudahnya, aku just beli shawl jojet colour putih dan inner tudung colour hijau.... mcm tu je lah.... dah tak ada pilihan kan....

cukup takat ni lah aku membebel erk.... nak membebel panjang2, kang tak tido aku ni kang... hehehe...

p/s : pening kepala tak hilang lg, fikir dress utk dinner yg besar nanti.... -.-'