Entry kali ini aku nak share tentang macam mana nak tukar nama pemilik untuk bil elektrik. Dah hampir 5 bulan aku berpindah ke rumah baru ni. tapi bil TNB masih tak bertukar. Alasannya ialah tiada masa! haha! tapi kalau aku tahu proses nak tukar nama ni begitu cepat, dah lama dah aku pergi tukar. haish!!
Aku ambil borang di Kedai Tenaga di cawangan Taman Melawati. So, petugas kaunter tu beri aku check list untuk rujukan dokumen apa yang diperlukan.
Ini senarai dokumen yang diperlukan :-
- Borang Pertukaran Nama(dapatkan di Kedai TNB)yang perlu dimatikan setem hasil RM10 di LHDN terlebih dahulu.
- Borang Aku Janji Pertukaran Nama(dapatkan di Kedai TNB) juga perlu dimatikan setem hasil RM10 di LHDN. So, total bayaran di LHDN RM20.
- Salinan Perjanjian Jual Beli Rumah(S & P).
- Salinan IC owner baru.
- Wang cagaran. Jumlah bayaran untuk cagaran ini, tak sama dgn semua jenis rumah. Kalau rumah teres RM240-RM260. Kalau rumah Apartment Medium Cost RM320. Kalau rumah Kondominium RM400-500. Dan kalau rumah flat low cost RM150. So, bayaran yang aku perlu bayar utk jenis rumah aku ialah RM320. Ada bayran tambahan untuk proses pertukaran nama iaitu RM3. Total bayaran ialah RM323.
Cuma sekarang ni aku perlu tukar nama dalam bill maintenance pula... Procedure nak tukar bill maintenance pula, perlu ada geran atas nama aku. Cumanya geran rumah ni masih floating di Pejabat Tanah Shah Alam. Mungkin ambil masa 6 bulan lagi. So nak kena tunggu geran tu dulu baru boleh tukar.. huhu..