everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, August 24, 2012

Picnic di Batu Feringhi, Pulau Pinang

Weeeee! Hari ni dah masuk syawal ke 6 kan. Sekejap sungguh masa berlalu. Aku masih berada di Penang. Insyaallah, esok baru pulang ke KL...

Entry kali ni nak share tentang family picnic di Batu Feringghi,  Pulau Pinang pada hari rabu iaitu raya ke 4. Sgt best! Seawal jam 10 pg kami bertolak dari rumah dan 4 kereta konvoi ke sana. Kami pergi ke sana melalui ferry. Yg terujanya, kereta kami yg dok atas ferry tu! First time aku naik ni. Sebelum ni, aku ke sana melalui jambatan pulau pinang. Tp kali ni, menaiki ferry. Hehehehe. Gayat jgk sebenarnya..

Lebih kurang jam 1 ptg kami sampai ke pantai Batu Feringghi. Lepas bentang tikar dan keluarkan bekalan yg kami bawa, terus je kami belasah makan. Masing masing kelaparan. Huhuhu.. My lil qis, sgt lah suka bila nampak air laut. Terus je si kecik tu, berlari lari nak ke laut. Aduhai.. Penat nak mengejar si kecik tu. :-!

Tak sampai 1 jam mcm tu, air dah mula pasang. Terpaksa kami beralih tempat yg lebih tinggi lg. Klu tak abis tikar kami kena pukul dek ombak. Huhuhu..

Ok selamat melayan gambar kami sepanjang perkelahan tersebut! :D

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

Will Miss You Ramadhan

Assalammualaikum....

hari ini mungkin hari terakhir kita berpuasa. Insyallah Esok kita semua akan meraikan syawal. Dan mungkin kah ini Ramadhan terakhir kita?? pernahkah kita terfikir begitu??

Apa apa pun aku akan merindui suasana ramadhan... Bulan yg paing seronok sebenarnya ialah bulan ramadhan.. dgn rutin seharian spt bangun seawal jam 4 pagi.. pulang dari kerja pergi ke bazar... berbuka puasa bersama family. dan solat terawikh di masjid.. seronok kan???





Will Miss You Ramadhan.... :'(

Sunday, August 12, 2012

Iklan Raya 2012 - Bernas



Ok.... Insyaallah syawal akan menjelma tak lama lagi.. seminggu je lagi. so, bila tgk tv tu, wajib ada iklan untuk raya.. buat masa ini, aku tertarik dengan satu iklan raya dari Bernas. setiap kali aku tonton dalam You Tube, setiap kali itu lah air mata aku mengalir.

Sure kalau sesiapa tgk iklan ni, mmg akan menangis juga... kisah 2 org adik beradik yg tinggal di rumah anak yatim tetapi mahu pulang untuk jumpa ibunya. mula2 ingat mmg mereka ni nak jumpa ibunya yg betul2 lah.. tetapi sebenarnya mereka ni, nak melawat pusara ibunya... sangat sedih... sob. sob. :'(

kalau nk tahu lebih lanjut, tgk lah iklan raya di You Tube ye.....

Friday, August 10, 2012

Blue - Biru

blue

Huh.... susah juga nak cari baju raya colour biru ni kan... ye lah. satu hal lagi sebab nak kena beli yg ready maid punya.. so, nak kena cari yg sesuai dgn baju melayu en.hubby....

sebenarnya dari last year aku nak tema raya colour biru.. tapi last year bila cari tu, mmg tak dpt. last last tukar tema colour hijau.. so, tahun ni mmg tekat nak colour biru juga. huhuhu.. dah beli pun sebenarnya... jenis kain songket dan kurung biasa je pun... senang sikit nak Bf Qis. kalau pakai kurung moden ketat nak tarik sampai atas. huhuhu..

biru tua ke ni??


biru muda


biru mcm mcm  biru boleh dikatakan biru kan... aku beli tu colournya seakan-akan biru nak kehijau-hijauan.. tapi more to blue la.... cuma hari rabu masa ke Jln Tar tu, cuba cari baju melayu colour biru mcm baju aku tu, tapi mmg tak jumpa.. so, en.hubby kata, dia akan cari waktu malam di Jln Tar.. tu lah.. biarlah en.hubby pergi cari. kalau tak jumpa yg sama, beli je lah colour biru apa2 pun.. asalkan biru.. huuhuhu...

baju kurung Qistina pun aku nak beli jgk... mesti comel anak ibu pakai baju kurung kan.... hehehehe. 

Thursday, August 9, 2012

My Lil Qistina Dan Tabung Barunya.

sangat teruja bila lihat Qistina pandai masukkan duit syiling dalam tabung barunya. Actually, semalam aku bercuti kerana ingin bershopping di Sogo dan Jln Tar utk persiapan hari raya nanti.. Dan plan yg kedua ialah ingin pergi ke Tabung haji utk mendaftarkan akaun baru Qistina.. senang simpan duit Qistina dalam akaun tabung haji je..

So bila dah open akaun tu, pihak tabung haji memberi tabung free bentuknya seperti bangunan tabung haji tu lah...so en.hubby pun ambil semua duit syilingnya utk disimpankan ke dalam tabung baru tersebut... apa lagi, Qistina mmg pantang nampak benda baru sikit, mesti nak pergi kacau. nak explore benda yg baru bak kata en.hubby. huhuhu..

then, en.hubby pun masukkan satu persatu syiling tersebut. en.hubby pun beri syiling pada Qistina lalu dia masukkan syiling tersebut melalui lubang tabung tersebut. hahahaha.. mmg geli hati tgk Qistina cuba dan terus mencuba utk masukkan syiling tu. mula2 tu agak susah Qistina nak masukkan. lama kelamaan, berjaya juga dia....

suka betul Qistina dgn tabung tu...

cubaan pertama

sampai ternganga anak ibu ni...

usaha tanda kejayaan wahai anakku....
teruja sgt tgk my Lil Qistina ni........ :)

Tuesday, August 7, 2012

Iftar 2012

Assalammualaikum!!

apakah entry kali ini ye?? hehehe... aku nak kongsi cerita tentang event yg wajib dibuat setiap tahun iaitu, berbuka puasa bersama teman teman sekolah ku.. yeaay!! Alhamdulillah, plan nak buat event untuk berbuka puasa termakbul pada hari sabtu ,4 Ogos 2012. Actually, event ni mmg wajib dibuat setiap tahun. so, tahun ni shikin yg organize semua.. jadi entry ni juga merupakan kesinambungan daripada tajuk entry yg lepas. huhuhu.

so, tempat yg kami decided ialah di Restoran Garden yg terletak di Mid Valley Megamall. tempatnya mmg sgt menarik. so menu yg kami pilih ialah makan western. kami tak pilih buffet. ala carte je senang. sb antara kami semua ada yg tak kuat makan. so agak membazir kalau pilih buffet kan....

dalam sangkar tu ada piano..

setiap tahun pun agak muka yg sama juga yg menyertai event ni. maklum lah, bukan senang semua nak ada masa terluang utk event mcm ni.. tapi kalau boleh mmg sekali sekala join pun, rasanya tak ada masalah kan.. setahun sekali jumpa kwn2.. :) antara yg join event tu, aku,shikin, shuhada, huda, emma, fariza, syafiq, husband aku, apul, bullet, fidaiy, olen, ogy, nadiah, nadatul, asida, husband shikin, dan tak lupa juga, my lil Qistina.. hehehe..

antara yg ada. my lil qis tu pun cibuk tersengih. :)

aku dan fariza

semua sekali!

kaum wanita sahaja
geng SMEKSES 2004


Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. hati sangat terhibur bila jumpa geng2 sekolah. Insyaallah, tahun depan boleh jumpa lagi utk event mcm ni...

Sunday, August 5, 2012

Janganlah Membuat Puasamu Sia-sia

Janganlah Buat Puasamu Sia-SiaApa di balik ini semua? Mengapa amalan puasa orang tersebut tidak teranggap, padahal dia telah susah payah menahan dahaga mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari?

Saudaraku, agar engkau mendapatkan jawabannya, semaklah perbahasan berikut mengenai beberapa hal yang membuat amalan puasa seseorang menjadi sia-sia -semoga Allah memberi taufik pada kita untuk menjauhi hal-hal ini-.


1. Jauhilah Perkataan Dusta (Az zuur)

Inilah perkataan yang membuat puasa seorang muslim bisa sia-sia, hanya merasakan lapar dan dahaga saja.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

                مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari no. 1903)

Apa yang dimaksud dengan Az zuur? As Suyuthi mengatakan bahawa Az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan mengamalkannya berarti melakukan perbuatan keji yang merupakan konsekuensinya yang telah Allah larang. (Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)



2. Jauhilah Perkataan Lagwu (sia-sia) dan Rofats (kata-kata porno)

Amalan yang kedua yang membuat amalan puasa seseorang menjadi sia-sia adalah perkataan lagwu dan rofats.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


  لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Apa yang dimaksud dengan lagwu? Dalam Fathul Bari (3/346), Al Akhfasy mengatakan,

                               
     اللَّغْو الْكَلَام الَّذِي لَا أَصْل لَهُ مِنْ الْبَاطِل وَشَبَهه

“Lagwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.” Lalu apa yang dimaksudkan dengan rofats? Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar mengatakan,

                                    وَيُطْلَق عَلَى التَّعْرِيض بِهِ وَعَلَى الْفُحْش فِي الْقَوْل

“Istilah Rofats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’ dan semua perkataan keji.” Al Azhari mengatakan,

                                       الرَّفَث اِسْم جَامِع لِكُلِّ مَا يُرِيدهُ الرَّجُل مِنْ الْمَرْأَة

“Istilah rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita.” Atau dengan kata lain rofats adalah kata-kata porno.

Itulah di antara perkara yang bisa membuat amalan seseorang menjadi sia-sia. Betapa banyak orang yang masih melakukan seperti ini, begitu mudahnya mengeluarkan kata-kata kotor, dusta, sia-sia dan menggunjing orang lain.



3. Jauhilah Pula Berbagai Macam Maksiat

Ingatlah bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun hendaknya seorang yang berpuasa juga menjauhi perbuatan yang haram. Perhatikanlah saudaraku petua yang sangat bagus dari Ibnu Rojab Al Hambali berikut:

“Ketahuilah, amalan taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah ta’ala dengan meninggalkan berbagai syahwat yang mubah ketika di luar puasa (seperti makan atau berhubungan badan dengan istri, -pen) tidak akan sempurna hingga seseorang mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang Dia larang yaitu dusta, perbuatan zholim, permusuhan di antara manusia dalam masalah darah, harta dan kehormatan.” (Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah) Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan petuah yang sangat bagus:

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)

Itulah sejelek-jelek puasa yaitu hanya menahan lapar dan dahaga saja, sedangkan maksiat masih terus dilakukan. Hendaknya seseorang menahan anggota badan lainnya dari berbuat maksiat. Ibnu Rojab mengatakan,

                                               
أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ

“Tingkatan puasa yang paling rendah hanya meninggalkan minum dan makan saja.” Itulah puasa kebanyakan orang saat ini. Ketika ramadhan dan di luar ramadhan, kondisinya sama saja. Maksiat masih tetap jalan. Betapa banyak kita lihat para pemuda-pemudi yang tidak berstatus sebagai suami-istri masih saja berjalan berduaan. Padahal berduaan seperti ini telah dilarang dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hal ini tidak diketahui dan diacuhkan begitu saja oleh mereka.

Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

                                                 لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِى مَحْرَمٍ

“Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,


                             أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ لاَ تَحِلُّ لَهُ ، فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ، إِلاَّ مَحْرَمٍ



“Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaithan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahromnya. (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini shohih ligoirihi –shohih dilihat dari jalur lain-) Apalagi dalam pacaran pasti ada saling pandang-memandang. 



Padahal Nabi kita, shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan kita memalingkan pandangan dari lawan jenis. Namun, orang yang mendapat taufik dari Allah saja yang bisa menghindari semacam ini.

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan,



               سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى.

Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku. (HR. Muslim no. 5770)

Kalau di luar Ramadhan, perbuatan maksiat semacam ini saja jelas-jelas dilarang maka tentu di bulan Ramadhan lebih tegas lagi pelarangannya. Semoga kita termasuk orang yang mendapat taufik dari Allah untuk menjauhi berbagai macam maksiat ini.

Apakah Dengan Berkata Dusta dan Melakukan Maksiat, Puasa Seseorang Menjadi Batal? Untuk menjelaskan hal ini, perhatikanlah perkataan Ibnu Rojab berikut, “Mendekatkan diri pada Allah ta’ala dengan meninggalkan perkara yang mubah tidaklah akan sempurna sampai seseorang menyempurnakannya dengan meninggalkan perbuatan haram. Barangsiapa yang melakukan yang haram (seperti berdusta) lalu dia mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan yang mubah (seperti makan di bulan Ramadhan), maka ini sama halnya dengan seseorang meninggalkan yang wajib lalu dia mengerjakan yang sunnah. 



Walaupun puasa orang semacam ini tetap dianggap sah menurut pendapat jumhur (mayoritas ulama) yaitu orang yang melakukan semacam ini tidak diperintahkan untuk mengulangi (mengqodho’) puasanya. Alasannya karena amalan itu batal jika seseorang melakukan perbuatan yang dilarang karena sebab khusus dan tidaklah batal jika melakukan perbuatan yang dilarang yang bukan karena sebab khusus. Inilah pendapat mayoritas ulama.”

Ibnu Hajar dalam Al Fath (6/129) juga mengatakan mengenai hadits perkataan zuur (dusta) dan mengamalkannya:

“Mayoritas ulama membawa makna larangan ini pada makna pengharaman, sedangkan batalnya hanya dikhususkan dengan makan, minum dan jima’ (berhubungan suami istri).”

Mula ‘Ali Al Qori dalam Mirqotul Mafatih Syarh Misykatul Mashobih (6/308) berkata,



 “Orang yang berpuasa seperti ini sama keadaannya dengan orang yang haji iaitu pahala pokoknya (ashlu) tidak batal, tetapi kesempurnaan pahala yang tidak dia peroleh. Orang semacam ini akan mendapatkan ganjaran puasa sekaligus dosa karena maksiat yang dia lakukan.”

Kesimpulannya: 



Seseorang yang masih gemar melakukan maksiat di bulan Ramadhan seperti berkata dusta, memfitnah, dan bentuk maksiat lainnya yang bukan pembatal puasa, maka puasanya tetap sah, namun dia tidak mendapatkan ganjaran yang sempurna di sisi Allah. –Semoga kita dijauhkan dari melakukan hal-hal semacam ini-

Ingatlah Suadaraku Ada Pahala yang Tak Terhingga di Balik Puasa Kalian Saudaraku, janganlah kita sia-siakan puasa kita dengan hanya mendapatkan lapar dan dahaga saja. Marilah kita menjauhi berbagai hal yang dapat mengurangi kesempurnaan pahala puasa kita. Sungguh sangat merugi orang yang melewatkan ganjaran yang begitu melimpah dari puasa yang dia lakukan. Seberapa besarkah pahala yang melimpah tersebut? Mari kita renungkan bersama hadits berikut ini.

Dalam riwayat Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

  « كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ     وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى »

“Setiap amalan kebaikan anak Adam akan dilipatgandakan menjadi 10 hingga 700 kali dari kebaikan yang semisal. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (yang artinya), “Kecuali puasa, amalan tersebut untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya karena dia telah meninggalkan syahwat dan makanannya demi Aku.” (HR. Muslim no. 1151)

Lihatlah saudaraku, untuk amalan lain selain puasa akan diganjar dengan 10 hingga 700 kali dari kebaikan yang semisal. Namun, lihatlah pada amalan puasa, khusus untuk amalan ini Allah sendiri yang akan membalasnya. Lalu seberapa besar balasan untuk amalan puasa? Agar lebih memahami maksud hadits di atas, perhatikanlah penjelasan Ibnu Rojab berikut ini:

“Hadits di atas adalah mengenai pengecualian puasa dari amalan yang dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan hingga 700 kebaikan yang semisal. Khusus untuk puasa, tak terbatas lipatan ganjarannya dalam bilangan-bilangan tadi. Bahkan Allah ‘

Azza wa Jalla akan melipatgandakan pahala orang yang berpuasa hingga bilangan yang tak terhingga. Alasannya karena puasa itu mirip dengan sabar. Mengenai ganjaran sabar, Allah ta’ala berfirman,

                                            إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dibalas dengan pahala tanpa batas.” (QS. Az Zumar [39]: 10). Bulan Ramadhan juga dinamakan dengan bulan sabar. Juga dalam 

hadits lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Puasa adalah setengah dari kesabaran.” (HR. Tirmidzi, Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Al Jami’ Ash Shogir no. 2658 mengatakan bahawa hadits ini (dho’if , -pen)

Sabar ada tiga macam yaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menjauhi larangan dan sabar dalam menghadapi takdir Allah yang terasa menyakitkan. Dan dalam puasa terdapat tiga jenis kesabaran ini. Di dalamnya terdapat sabar dalam melakukan ketaatan, juga terdapat sabar dalam menjauhi larangan Allah yaitu menjauhi berbagai macam syahwat. Dalam puasa juga terdapat bentuk sabar terhadap rasa lapar, dahaga, jiwa dan badan yang terasa lemas. Inilah rasa sakit yang diderita oleh orang yang melakukan amalan taat, maka dia pantas mendapatkan ganjaran sebagaimana firman Allah ta’ala,

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ


“Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” (QS. At Taubah [9]: 120).” -Demikianlah penjelasan Ibnu Rojab (dalam Latho’if Al Ma’arif, 1/168) yang mengungkap rahsia bagaimana puasa seseorang bisa mendapatkan ganjaran tak terhingga, yaitu karena di dalam puasa tersebut terdapat sikap sabar.-

Saudaraku, sekali lagi janganlah engkau sia-siakan puasamu. Janganlah sampai engkau hanya mendapat lapar dan dahaga saja, lalu engkau lepaskan pahala yang begitu melimpah dan tak terhingga di sisi Allah dari amalan puasamu tersebut.

Isilah hari-harimu di bulan suci ini dengan amalan yang bermanfaat, bukan dengan perbuatan yang sia-sia atau bahkan mengandungi maksiat. Janganlah engkau berpikiran bahwa  karena takut berbuat maksiat dan perkara yang sia-sia, maka lebih baik diisi dengan tidur. Lihatlah suri tauladan kita memberi contoh kepada kita dengan melakukan banyak kebaikan seperti banyak berderma, membaca Al Qur’an, banyak berzikir dan i’tikaf di bulan Ramadhan. Manfaatkanlah waktumu di bulan yang penuh berkah ini dengan berbagai macam kebaikan dan jauhilah berbagai macam maksiat.

Semoga Allah memberi kita petunjuk, ketakwaan, kemampuan untuk menjauhi yang dilarang dan diberikan rasa kecukupan.