everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, June 18, 2012

Qistina kena Injection utk 1 Tahun!

Assalammualaikum semua..... malam yg sejuk dingin ni, seronok bila dpt update blog kan.... hehhee

Semalam pada 17 Jun 2012, Qistina genap 1 tahun 1 bulan... So, rasanya mcm dah terlalu lewat nak pergi bawa qistina ke klinik utk cucuk Qistina bila berumur 1 tahun. mana taknya, hari tu waktu qistina setahun, kan aku sibuk nak berpindah rumah... so, sebab tu lah lambat bwk. huhuhu...

Semalam lps maghrib aku dan en.hubby pun bawa Qistina ke klinik Pusrawi Jln Ipoh utk mendapatkan injection tersebut. Doktor kata injection ni,utk lindungi Qistina daripada terkena jangkitan deman campak. tapi sebenarnya Qistina dah kena demam campak dah.... huhuuhu...

Kami sampai ke klinik pd jam 9 pagi.. agak lewat. sebab klinik tutup pd jam 9.30 mlm... bila nombor giliran dah panggil,aku pun masuk dan nak keluar blk. bila doktor tanya,aku ckp yg aku takut tgk Qistina kena inject!! hahahhaa... klu korang nak tahu,aku ni sgt lah penakut bila Qistina nk kena cucuk. setiap kali Qistina nak kena cucuk,aku akan duduk di luar bilk doktor saja... hehehhe.. bkn penakut, tapi kesian tgk Qistina menangis... :(

Tapi, apa yg menakjubkan semalam, Qistina tak menangis lansung! Alhamdulillah... Qistina kuat! aku yg kat luar bilik tu berdebar2 jantung menanti tangisan Qistina. tapi, tak sampai beberapa minit, en.hubby bwk Qistina keluar dgn selambanya.. hahahaha.. tahniah anak ibu ye kerana tak menangis lansung!

so, lps ni umur Qistina setahun 6 bulan, baru dtg jumpa doktor blk utk cucuk lagi....


qistina dan abahnya sebelum kena cucuk

Qistina yg tak reti duduk diam.

Qistina anak ku..... Ibu dan abah saaayyaaaanngg kamu saaaaanggaaaattttt!!! :)

Friday, June 15, 2012

Tips Keluarga Bahagia

Tips ini aku dapat dari email yang difowardkan oleh kwn-kwn di pejabat.. so, aku rasa tidak ada masalah kalau aku share dalam blog aku untuk berkongsi dgn pembaca tentang tips keluarga bahagia ini.... 

keluarga bahagia
Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.

 

PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti. Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti. Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “

Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH. Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita. Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya? Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

 

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah 

kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.
“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

 

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.Ingat-ingatlah 

keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu. Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.
Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.
Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.
Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka

Saturday, June 9, 2012

Lawatan ke Zoo :D

Assalammualaikum... sempena school holiday ni korng semua pergi mana?? mesti pergi becuti jauh2kan? aku tak ke mana pun.. sebab sibuk dgn examkan... tp Alhamdulillah exam dah abis dah... so boleh lah merehatkan minda :)

Since,family mertua ada kat KL ni, kami pun decide nak pergi membuat lawatan ke Zoo Negara saja... lagi pun, mmg dah lama sgt nak bwk qistina ke zoo....

So,lebih kurang jam 12 tengah hari,kami pun bertolak ke zoo. perjalanan pun hanya memakan masa 15 minit sahaja.. bertolak dari rumah aku yang terletak di Gombak.. sampai2 di zoo saja, parking yg pihak zoo sediakan,telah pun penuh.  tapi nasib baik ada jgk parking di tepi2 zoo tu....

so,kami masuk lah ke dalam zoo tu.... total harga tiket RM86... 5 dewasa dan 1 kanak2. sepatutnya qistina tak perlu bayar..tp tak tahulah e.hubby tu terbeli agaknya... :) 

zoo negara!

sgt teruja tgk haiwan2 di zoo tu. cewah! mcm lah tak pernah tgk haiwan. hehhehehe...
Tak ada lah... Cuma rasa seronok lah dpt bwk qistina pergi ke zoo tu... Tp masa sampai2 tu,Qistina boleh tido pulak.. Kesian qis. Yer lah.. Awal2 pagi dah bgn.

si kecik tidur dgn nyeyak

So mcm2 haiwan lah yg kami tgk.. Boleh belajar nama specific haiwan2 tu kan! Haiwan yg paling aku suka ialah tapir atau cipan. Sebab ia mengingatkan pada seorg perempuan. Herk??! Hehhee..

gajah yg dah tua kot...


ayam belanda pakai songkok :)

my sweetheart :)

muka qistina mengantuk

Emmm,hampir 3 jam jgk lah kami meronda2 di zoo tu. Lps ty kami singgah mandi sungai di Kemensah pula.. Qistina pun mandi jgk.. :)

mandi sungai dgn babah

Lepas mandi tu,dah tentu perut pun lapar. Jadi, kami singgah makan di Fiske Stick House di Keramat AU2.. Aku dan mak mertua makan asam pedas ikan pari. Yg lain2 semua makan western.. Tp makanan kat situ mmg sedap2 tau!!

Chicken Chop. sgt sedap!

lamb Chop. sedap jgk!

Beef Stew. lg sedap!


Memang seronok kalau sekali sekala jln2 spend time dgn family sambil2 merehatkan minda ni.. Korang pun, klu ada masa terluang, bwk lah family korang jln2 atau bercuti bersama. Sure hati korang puas daripada asyik melepak dgn kwn2 je. Hehehe..

Monday, June 4, 2012

Subahanallah....

Satu perkongsian menarik dari prof Dr Muhaya:-


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)



Apa pendapat anda ttg cerita di atas??? Alangkah indahnya jika dpt jadi seperti ibu Ustaz Don tu... Mudah-mudahan dapat membesarkan anak dalam suasana yg begitu... berharapkan anak-anak bila besar nanti akan menjadi anak yg soleh dan solehah.. dan aku akan berusaha menjadi seorg ibu yg baik utk anak-anak ku... Insyaallah....

Saturday, June 2, 2012

Kisah Loo Jo Yee

Assalammualaikum.... selamat pagi sabtu semua!! bila hujung minggu dah tiba, mmg seronok kalau aktiviti mengemas rumah,mencuci kain dan masak memasak dilakukan. cuaca pun agak cantik utk menjemur kain kan.... :)

Apa pula entry aku kali ni?? aku ingin kongsikan kisah seorg remaja kristian telah memeluk agama ISLAM yg suci ni... tapi entry ttg Loo Jo Yee dah byk ada dlm blog blogger yg lain.... entah aku yg ke berapa agaknya. ;p

Mcm biasa setiap ptg aku akan mendengar radio IKIM.fm utk mendengar slot "Islam Agamaku". mmg byk pengalaman yg dikongsi oleh tetamu jemputan oleh radio Ikim tersebut utk kongsi kisah hidup mengenai apabila mereka memeluk agama islam. so, pada 31 mei 2012 jam 5 ptg, Loo Jo Yee menjadi tetamu di radio Ikim.. mendengar pengalaman beliau bagaimana mengenal islam ni, mmg agak menyentuh hati. walhal, beliau mengatakan cita-cita beliau sebelum ini utk menjadi Paderi dan berdakwah  utk agama kristian amatlah kuat. Klu berdasarkan apa yg diceritakan itu,dapat dilihat beliau amat kuat agama di dalam kristian. tapi Alhamdullilah hidayah Allah telah beri pada beliau. beliau mendapat dugaan bahawa beliau menghidap tyroid di leher dan doktor ada mengatakan pd beliau bahawa kemungkinan beliau akan menghidap Cancer. beliau amat takut dan beliau cuba berdoa pd Allah dan menyebut "Allah" memohon agar beliau tidak menghidap penyakit Cancer. dan beliau berjanji jika Allah makbulkan doa beliau, beliau akan memeluk agama islam...

dan pada keesokan hari, beliau pergi berjumpa doktor, dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau tidak menghidap Cancer. dan sejak itu beliau percaya pada Allah dan terus memeluk agama Islam. Alhamdulillah...
begitulah sedikit kisah yg aku tahu dan ingin kongsikan pada kwn2 semua...

satu lagi kisah, beliau juga pernah berdebat dgn kwn2 beliau ttg agama kristian dan beliau mencuba utk menarik kwn2 beliau yg beragama islam utk memeluk agama kristian. apabila beliau makin mengkaji ttg agama islam beliau merasakan agama islam adalah benar. dan beliau merasakan byk "error" dalam sejarah agama kristian. dan beliau mengatakan bahawa beliau pernah membenci Rasulullah dan apabila beliau mendalami kisah Rasullullah,beliau mula cintakan Rasulullah.. beliau merasakan Rasulullah seorang yg amat menjaga wanita... Alhamdulillah dgn apa yg beliau rasakan...


Moral of the story, kita sebagai hamba Allah sepatutnya selalu berdoa dan mengadu pada Allah sekiranya kita mendapat dugaan atau musibah dlm kehidupan kita... kerana Allah itu amat mengasihani setiap hambanya.

Mudah-mudahan Loo Jo Yee dapat meneruskan dakwah beliau ttg agama Islam yg suci ini.... Amin...

comelkan Loo Jo Yee ni??

Friday, June 1, 2012

Pertengahan Tahun 2012??!!

Assalammualaikum semua...... Salam Jumaat..

Sedar tak sedar, kita dah sampai pertengahan tahun 2012.. dan seharusnya kita bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah lagi... memang pantas sungguh masa berlalu. sgt tidak merasainya.

So, mcm mana kehidupan anda semua sepanjang setengah tahun ni?? mcm aku, mmg byk sebenarnya perkara berlaku sepanjang 6 bulan ni.. tapi yg paling seronok, bila melihat Qistina membesar dan membesar. :) dari pandai meniara[ dan merangkak dan pandai berjalan. gigi pula makin byk tumbuh. Alhamdulillah Qistina membesar dgn sihat.. :)

hurmmm, dan perkara yg  gembira yang aku alami,ialah dpt berpindah ke rumah baru... aku dpt kunci rumah ps bln april lalu. dan proses renovate mengambil masa lebih kurang 3 minggu. pada 19 mei 2012, kami pun pindah.... sekarang ni rumah, masih belum kemas sepenuhnya. tapi yang penting bahagian dapur dah complete  segalanya. ye lah... kan nak memasak! hehehehe...

bulan ramadhan pun dah tak lama lagi... lepas tu raya... lps tu raya haji... so,sama-sama lah kita berdoa agar perjalanan utk hari-hari yg akan datang akan sentiasa dilindungi Allah dan dirahmati Allah.... Amin.... :)