Assalammualaikum...
Ya Allah... Dah bersarang dan bersemut gamaknya blog aku ni ye. Dah hampir setahun aku menyepikan diri. Hahaha. Poyo nye ayat tuh!
Nak kata malas... Tak juga... Tapi malas jugak laaa... Keh keh keh.
Byk benda yg berlaku pada tahun lepas membuatkan aku malas nak hapdate apa-apa kat blog ni..
Antaranya, pada bulan Mei 2015, doctor kata, aku recurrent cyst. Huuwaaa... Masa tu, rasa mcm dunia dah terbalik. Rasa mcm tak nak teruskan hidup. Asyik tanya, 'kenapa aku?' ' kenapa?!!'. Sungguh haru bila aku compared kan kesihatan org lain dgn diri sendiri. Mula salahkan takdir. Astaghfirullahhalazim... Maaf kan aku Allah. Kerana salahkan Mu. Aku yg salah. Ininadalah kafarah atad dosa-dosa ku di masa lalu.. Aku begitu angguh dgn menyalahkan takdir Allah. Sesungguhnya, Allah memberi penyakit itu, adalah untuk membersihkan dosa-dosa pada diri..
Memang aku akui, nak terima dgn hati yg redha sgt la susah pada waktu itu.. Tapi berkat doa keluarga dan kwn-kwn, Alhamdulillah aku dpt terima semuanya..
Memamg rasa down sgt, bila kau dah usaha segala contohnya, telan segala supplement, minum lemon hari-hari tapi cyst kau tetap tumbuh. Sebenarnya salah satu punca ialah clomid. Doctor bagi aku clomid, kononnya utk aku pregnant. Tapi, clomid tu la penyebab cyst aku tumbuh dgn jayanya. Aku tak tahu.. Klu aku tahu, mmg la aku tak telan! Sejak join group Endometriosis Malaysia dan Endosister Malaysia, baru aku tau clomid adalah tidak boleh diambil oleh pesakit endo!
Cuma agak keliru.. Adakah doctor silap atau dia sendiri tidak tahu bahawa pesakit endo tidak boleh ambil clomid? Ok. Dia pun manusia. Manusia kan selalu buat silap. Hurmmm.. Tak tau nak kata apa.. T_T
Sekarang ni... Cyst pun dah membesar dgn jayanya. 3 org doctor aku jumpa, semua kata, perlu operations lg. Huwwaaaa... Ikutkan hati, aku tak mau laaa...
Cukup ,cukup sudah.. Cukup sampai di sini sajaaa...
Ok laa.. Nanti aku hapdate lagi ye.. Daaaaa..
its All aBout mY sELf,mR.fAhZaL & lil qIstiNa
everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....
About Me
Wednesday, March 16, 2016
Setelah sekian lama menyepi.....
Sunday, April 26, 2015
Pad Avail dan Pad Lexee
Assalammualaikum...
Oleh kerana masa byk terluang ni, boleh lah aku menghapdate entry. hehe. study pun dah abis. Alhamdulillah. masa tu byk lah boleh luangkan dgn family.. :)
Ok.. entry kali ni aku nak share tentang tuala wanita @ pad yang aku gunakan sekarang ni. masih lagi tidak boleh lari dari cerita endo. hehehe.
sebelum ni, aku hanya pakai pad jenama-jenama biasa yang byk dijual di luar sana tu.. tapi, hasil pembacaan, mengatakan pad biasa tu menggunakan kertas-kertas recycle. yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit rahim. Wallahualam.. sebabnya, ramai je yg guna pad brand biasa tu, tapi sihat walafiat je... mungkin, ikut body seseorang lah...
So, bagi aku yg ada penyakit endo ni, aku pun beralih kepada pad jenama avail dan lexee. bukan apa, aku hanya ingin mengelakkan saja pengakit endo tu dari berulang. mcm aku ckp lah... aku hanya berusaha.. yg lain-lain tu, Allah yg tentukan.. kwn baik aku punya testimoni, katanya senggugut dah ok bila dia gunakan pad lexee. ada kakak kat office aku, tp lain department, katanya senggugut dia dah hilang lepas guna pad avail. haa... oleh itu, aku buat keputusan utk beli kedua-dua brand pad ni. pad avail aku kurang suka, sebab bau herba nya terlalu kuat. kdg2 kat ofis tu berbau je rasa. bila pergi shi shi ke toilet, bau kuat sgt. yg tak suka tu lah sebenarnya ubat kan!
So, disebabkan tak suka dgn bau tu, aku hanya pakai pad avail diwaktu malam sahaja pada hari period. siang hari aku akan pakai pad jenama lexee kerana bau pad ni harum.. bau bunga melur. utk hari-hari yg tidak period, aku gunakan pantiliner lexee. aku suka kedua-dua pad ni, sebab bila pakai tu berangin saja.. hehe.
Ehsan Google |
Yg ni lah gambar pad lexee tu..
Sedikit perkongsian kebaikan pad lexee ni :
Mencegah penyakit kanser servik :
- Mencegah Fibroid
- Memulihkan Senggugut
- Membaiki Sistem Kesuburan Wanita
- Merawat Jangkitan Vagina
- Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon
- Menghindarkan Penyakit Dan Fungus
- Menyedut Kotoran Yang Tersimpan dan Tersekat Dalam Rahim
- Mencegah Bau Yang Tidak Selesa
- Merawat Masalah Keputihan
- Membuang Toksin
- Menghilangkan Radang dan Bengkak
- Menghilangkan Kegatalan
- Membunuh Kuman
- Menyegarkan Dan Sangat Selesa
- Bersifat Antiseptik
Ehsan Google |
Yg gambar di atas tu pula, ialah pad Avail.
Juga sedikit perkongsian kebaikan pad avail ini :
1)Senggugut
2)Kegatalan, Keputihan, Kekuningan
3)Masalah berbau
4)Memperbaiki kitaran haid yg tidak stabil/menentu
5)Mencegah pembentukan fibroid
6)Kesukaran mengandung akibat masalah saluran peranakan
7)Mengeluarkan darah beku dalam rahim terutama selepas bersalin atau keguguran
8)Menghilangkan dan melegakan sakit belakang ketika haid
9)Masalah kencing tak lawas
10)Mencegah dan mengelakkan kanser/barah
2)Kegatalan, Keputihan, Kekuningan
3)Masalah berbau
4)Memperbaiki kitaran haid yg tidak stabil/menentu
5)Mencegah pembentukan fibroid
6)Kesukaran mengandung akibat masalah saluran peranakan
7)Mengeluarkan darah beku dalam rahim terutama selepas bersalin atau keguguran
8)Menghilangkan dan melegakan sakit belakang ketika haid
9)Masalah kencing tak lawas
10)Mencegah dan mengelakkan kanser/barah
So, fungsi kedua-dua pad ni lebih kurang sama je kan... mcm pad avail tu, senang nak dapat. sebab kebanyakkan farmasi atau kedai-kedai yg jual jamu mesti ada jual pad ni. kalau pad lexee tu, ada agent yg jual.. so kena cari agent. mcm aku, beli kat kakak office je.. sebab dia mmg agent.
Harap entry ini memberi manfaat kepada pembaca semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)